Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, November 2, 2010

Tanaman Safron gantikan popi


SEORANG lelaki menuai safron di Herat, Afghanistan yang menjadi alternatif kepada tanaman candu.

SAMBIL menunjukkan sesuatu yang berwarna kuning kemerahan dan kelihatan seperti gumpalan benang di tapak tangannya, Abdul Khaliq Stanikzai menjelaskan bahawa bahan tersebut merupakan penyelamat kepada ketagihan candu di Afghanistan.

Melalui pembangunan pertanian yang dikatakan menjadi penyelamat kepada masalah dadah dan peperangan di negara itu, sebuah program telah diwujudkan. Program yang dikatakan bernilai berjuta-juta dolar itu akan menjadi alternatif kepada petani yang mengusahakan tanaman popi.

Di barat Herat iaitu sebuah wilayah yang bersempadan dengan Iran, tanaman berwarna ungu yang mempunyai akar bebawang itu telah menggantikan tumbuhan popi sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, perubahan kepada safron lebih bersifat jangka panjang berbanding popi.

"Menanam safron memerlukan keyakinan dan kesabaran kerana tumbesarannya yang berperingkat-peringkat. Hasilnya hanya boleh dituai pada tahun keempat," kata Pengarah Sanayee Development Organisation di Herat itu.

Tanaman itu mempunyai peranan yang sama seperti badam, anggur, epal dan gandum yang popular di Afghanistan kerana ia adalah alternatif kepada pokok candu yang menjadi rezeki kepada 85 peratus penduduknya.

Afghanistan adalah antara negara yang paling miskin di dunia, tetapi ia adalah pengeluar candu yang terbesar. Ia boleh dikatakan sebagai 'pusat' heroin kerana lebih 90 peratus heroin di dunia dibekalkan negara itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila pengeluarnya turut mendapat bantuan keselamatan daripada kumpulan kongsi gelap. Pendapatan pengusaha popi juga terjamin kerana turut mendapat bantuan baja, air dan wang pendahuluan dari orang tengah.

Industri candu di Afghanistan telah menjana pendapatan sebanyak AS$3 bilion (RM9.3 bilion) setahun untuk bekalan di Eropah. Ia juga membantu menyumbangkan dana kepada pemberontak Taliban selama lebih sedekad.

Menurut sumber Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), Afghanistan telah menghasilkan sekitar 3,600 tan candu pada tahun ini. Jumlah itu menghampiri separuh daripada nilai pengeluaran pada tahun 2009.

Pengeluaran candu

Nilai bunga candu pula meningkat sebanyak 38 peratus kepada AS$604 juta (RM1.9 bilion) dan ia sangat menggalakkan pendapatan para petani.

Sebuah laporan menjelaskan, lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Afghanistan hasil daripada pengeluaran candu adalah enam kali lebih banyak berbanding gandum.


SEKURANG-KURANGNYA 50,000 hingga 75,000 kuntum safron diperlukan untuk mendapatkan setengah kilogram safron kering.

Pokok popi yang mudah ditanam menjadi kontra kepada kaedah alternatif yang diperkenalkan. Bagaimanapun, cabarannya ialah sebahagian petani diugut oleh puak Taliban supaya tidak meneruskannya.

Washington memberi galakan kepada pembangunan pertanian sebagai tambahan kepada usaha ketenteraannya untuk menamatkan peperangan. Melalui program pengurusan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) yang bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion), ia membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.

Namun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan, sebahagian besar kawasan yang menghasilkan candu masih seperti biasa. Ia secara tidak langsung menyatakan kegagalan untuk meyakinkan para patani agar beralih kepada tanaman alternatif.

UNODC menjelaskan, penurunan jumlah tanaman candu di Helmand secara statistiknya tidak signifikan. Sebaliknya wilayah yang berjiran dengan Kandahar itu menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus.

Jurucakap Kementerian Pertanian, Abdul Majeed Qarar menjelaskan, pihaknya menerima maklum balas positif daripada peladang-peladang tempatan terhadap tanaman safron.

Stigma daripada pokok crocus yang menghasilkan rempah ratus bernilai tinggi itu telah digunakan sejak beribu tahun lalu. Ia adalah untuk menambahkan keharuman, rasa dan warna makanan. Rempah itu juga digunakan dalam perubatan berasaskan herba, pewarna dan minyak wangi.

Kelebihan safron

Sebanyak 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan untuk menghasilkan setengah kilogram safron kering dan ia boleh dijual pada harga yang mencecah AS$5,000 (RM15,515).

Stanikzai menjelaskan, harga candu pada awal tahun ini ialah AS$95 (RM294) sekilogram berbanding AS$2,000 (RM6,206) safron.

Namun Afghanistan masih kerdil di pasaran antarabangsa berbanding negara lain seperti Iran, Itali, Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan dan Morocco. Qarar menjelaskan, safron di Afghanistan kini mendapat tempat di negara Teluk dan India.

Melalui bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Belanda, petani-petani dari seluruh negara mengunjungi Herat untuk menimba pengetahuan mengenai kelebihan safron.

"Musim tanaman safron bermula dari pertengahan bulan September sehingga pertengahan November iaitu di luar musim tanaman lain. Ia juga mudah membesar dan memerlukan kuantiti air yang sedikit.


STIGMA daripada bunga safron menambah aroma, rasa dan warna pada makanan.

"Ia juga memberikan pulangan yang lebih berbanding popi. Petani hanya menjana pendapatan sehingga AS$3,000 (RM9,309) hingga AS$5,000 (RM15,515) setiap hektar candu, tetapi mereka boleh mendapat sehingga AS$30,000 (RM93,092) dalam tempoh tiga tahun dengan keluasan tanah yang sama," katanya.

Qarar menjelaskan, safron diusahakan di 300 hektar kawasan di Herat dan jumlah yang sama di kawasan lain seperti Uruzgan, Kalisa dan Parwan. Tanah-tanah di 20 kawasan lain turut di kaji sama ada tumbuhan itu boleh hidup subur.

Dengan pemberontakan yang semakin meningkat dan bulan Julai 2011 yang semakin hampir iaitu permulaan kepada gencatan senjata tentera Amerika Syarikat (AS), Qarar menjelaskan, terdapat tekanan untuk membina semula pembangunan tumbuhan alternatif.

Di Herat Saffron Shop yang menjual safron pada harga AS$5 (RM15.50) segram, pemiliknya, Yaser Jahn menjelaskan, pembekal tumbuhan itu yang dahulunya pengusaha candu kini hidup dengan lebih baik.


0 comments: