Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, November 2, 2010

MCMC perkenal format baharu nombor telefon mudah alih 11 angka

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenal format baharu nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Dis ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor Norizan Ghazali berkata, format baharu akan menggunakan strukyur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan "011", sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baharu 3+8, memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baharu nombor telefon mudah alih itu, di sini, hari ini.

Norizan berkata, format baharu itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada, menggalakkan penyertaan baharu serta memberi kapasiti nombor dan merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang MCMC.

"Industri itu menggunakan 60 juta nombor sejak 20 tahun lepas dengan menggunakan struktur 3+7 terutama sejak pelancaran perkhidmatan mudah alih prabayar pada 1995.

"Awalan perkongsian baharu "011" mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh sama ada penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baharu." katanya.

Menerusi format baharu itu, Norizan berkata, MCMC akan mengawal angka tahap pertama dan awalan yang tidak lagi eksklusif kepada mana-mana penyedia perkhidmatan.

Sementara itu, beliau berkata, suruhanjaya itu bekerja rapat dengan industri menerusi kumpulan perundingan mengenai nombor sejak 2007, bagi menyediakan format baharu itu.

"Beberapa inisiatif juga dipekenalkan seperti proses menyusun semula bagi meningkatkan penggunaan struktur 3+7 dan berkongsi awalan 014," katanya.

Norizan menggesa penyedia perkhidmatan, penyedia kandungan, pentadbir sistem pertukaran cawangan swasta, pentadbir sistem perbankan dan pemegang kepentingan yang lain menyiapkan sistem mereka selari dengan penggunaan nombor baharu itu.

"Kami berharap tindakan awal mereka dapat mengelak sebarang gangguan terhadap perkhidmatan sebaik awalan baharu '011' dan nombor telefon lapan angka dilaksanakan," katanya.

0 comments: