Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, November 18, 2010

Isu Air: Naik di Kedah, bising di Selangor, sunyi di Johor

Sumber Tranungkite

Secara saintifiknya,air adalah komponen terpenting bagi manusia. Malah,tanpa mendapat kapasiti air yang mencukupi untuk satu-satu tempoh, keadaan tersebut memungkinkan manusia akan mati.

Sejarah telah membuktikan betapa air cukup penting dalam kehidupan. Di Jazirah Arab contohnya,perperangan antara kabilah berlanjutan semata-mata untuk merebut sumber bekalan air.

Begitu juga pada masa kini,air masih menjadi sumber rebutan di Afrika dan Jazirah Arab.Mereka kaya dengan emas dan minyak,namun mereka miskin dengan air.Keterbalikan pula dengan Wilayah Lembah Sungai Mekong, mereka kaya dengan air,namun mereka miskin pula dengan sumber-sumber lain. Begitulah adilnya Allah kepada umatnya,lalu bersyukurlah kita di Tanah Emas ini yang memiliki emas,minyak dan air.Benarlah slogan-slogan utama syarikat air di Malaysia mengatakan Air Itu Rahmat.Pun begitu, revolusi pengurusan air negara yang banyak dipengaruhi oleh dasar politik menyebabkan ianya juga tidak boleh lari dari percaturan politik.Era Mahathir yang menyaksikan pelbagai agensi kerajaan diswastakan turut menyebabkan berlakunya penswastaan air (rujuk Harakah Mei 2006).Akhirnya,tanggungjawab sosial kerajaan dalam membekalkan air akhirnya menjadikan ianya sebagai satu pelaburan mengejar keuntungan oleh para kapitalis.Dan inilah perjuangan kerajaan Selangor sekarang.

Oleh kerana dek polemik air tenggelam timbul kebelakangan ini,pokok pangkalnya dilihat berkisar pada isu tarif air.Justeru,bagi memahami situasi sebenar kajian kes,eloklah kiranya penulis membawa fakta kadar tarif air untuk negeri-negeri di Malaysia:




TARIF AIR NAIK DI KEDAH

Sebulan yang lepas,isu kenaikan tarif air menjadi isu hangat di Kedah.Tindakan kerajaan Kedah menaikkan tarif air tersebut ditentang oleh pelbagai pihak terutamanya UMNO.Perlu disedari,tindakan Kedah tersebut bukanlah hasrat sebenar kerajaan negeri.Sebenarnya,terdapat satu "tekanan luar" yang menekan kerajaan Kedah menaikkan tarif air kesan dari penswastaan air.Seperti yang dibongkarkan oleh Dato' Seri Azizan sendiri,kerajaan Kedah terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi dalam isu air hasil daripada tindakan bodoh cerdik yang dilakukan oleh kerajaan Kedah terdahulu dalam mementingkan kroni untuk projek air.Tatkala kerajaan Persekutuan sanggup memberi geran bantuan kepada Kedah dalam soal air, Kedah dengan bodoh sombongnya lebih rela membuat pinjaman semata-mata bagi memastikan syarikat kroni mendapat projek tersebut.Walaubagaimanapun,jangan haraplah pendedahan ini hendak dilaporkan oleh Samad Majid ,wartawan kelas SPM TV1 tersebut.

Perlu disedari,tarif air domestik di Kedah adalah yang ketiga termurah di Malaysia sedangkan bebanan kos operasi adalah antara yang termahal di Malaysia.Oleh itu,tindakan kerajaan negeri hanyalah untuk mengelakkan kemuflisan dan kehilangan wang negeri yang banyak semata-mata untuk air.Penulis faham isu tarif air ini.Semuanya hasil tindakan kronisme pentadbiran UMNO Kedah pada masa lalu.Betapa kerana mahukan mengaut untung pada diri sendiri,mereka sanggup menolak bantuan geran yang mahu diberikan Pusat dan sebaliknya memilih untuk membuat pinjaman dengan Persekutuan.Hasilnya,kerajaan Kedah kini menanggung bebanan hutang sebanyak RM1.7 bilion dengan kerajaan Pusat.

Menurut Ustaz Azizan lagi dalam kenyataannya,tindakan menaikkan tarif air itu terpaksa dibuat setelah kerajaan negeri terpaksa membayar caj kepada dua syarikat pengendali air iaitu Taliworks dan Air Utara Indah.Tambahnya,di Langkawi sahaja,kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM39 juta setahun kepada syarikat Taliworks sedangkan hasil kutipan air cuma sekadar RM14 juta setahun.Justeru,kenaikan tarif itu penting dalam usaha menampung kerugian berganda kerajaan negeri.Semuanya berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang telah dibuat Persekutuan pada tahun 2006.

Penulis tidak mahu mengulas lanjut mengenai pembongkaran Ustaz Azizan tersebut.Apa yang nyata,kerajaan Kedah terpaksa menanggung azab kesan kronisme yang diamalkan Kedah masa lalu.Demi mendapatkan projek,mereka sanggup menyusahkan rakyat walaupun pada satu masa kerajaan Pusat bertindak menawarkan pembiayaan kepada kerajaan Kedah.Namun,adat gerombolan yang suka menyonglap,mereka rela berhutang.Lagi banyak berhutang,lagi banyak boleh disonglap.

Isu air di Kedah kini reda,senyap kerana UMNO sudah tidak berani berkokok lebih,bimbang akan ada pemimpin mereka sendiri yang terkorban hasil pendedahan berterusan kerajaan Pas Kedah.Isu air juga tertutup dek isu kebodohan wartawan RTM dalam memutarbelit cerita isu banjir di Kedah.Apapun,rakyat Kedah yang menggunakan air perlu sedar betapa jika hendak disalahkan kerajaan negeri sepenuhnya dalam isu kenaikan tarif air ini adalah tidak wajar memandangkan soal penswastaan air kini sudahpun menjadi satu akta di Parlimen,oleh itu jika kita berhasrat menggugat akta kapitalisme tersebut,wajib kita mengangkat Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

BISING PULA DI SELANGOR

Masih melibatkan isu air namun bukan soal tarif tetapi soal projek air. Ketika Selangor ditadbir oleh Khir Toyo,satu perjanjian air antara Selangor dan Pahang dibuat bagi menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.Projek tersebut yang lebih dikenali dengan nama "Langat 2" itu walaubagaimanapun mula dihentikan apabila kerajaan Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Sehingga hari ini,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas bahawa Selangor tidak perlu menyegerakan projek tersebut memandangkan Selangor mempunyai bekalan air yang cukup sehingga 2019.Sebagai bekas korporat,beliau semestinya pandai meramal kepentingan apa yang lebih penting dan apa yang perlu dikesampingkan,dan dalam soal air ini,projek tersebut tidak perlu dilaksanakan dalam keadaan ekonomi yang masih belum benar-benar stabil.

Krisis pengstrukturan air di Selangor bermula apabila Projek Langat 2 yang sepatutnya dimulakan Ogos lalu ditolak oleh mesyuarat kerajaan negeri.Malah,Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Peter Chin Fah Kui telah mengugut kerajaan negeri bagi mengambil tindakan undang-undang kerana melengahkan perjanjian yang telah dibuat sementara kerajaan Selangor melihat Persekutuan lebih mementingkan syarikat konsesi daripada rakyat.Tindakan Selangor pada masa ini adalah tepat tatkala contoh terdekat,Kedah telah membuktikan bahawa "projek mega" air kelak hanya akan menjadikan negeri sebagai sebuah negeri yang berhutang.Malah,kerajaan Selangor juga berhasrat mengambilalih semula pembekalan air di Selangor setelah syarikat operator air dilihat lebih memikirkan keuntungan daripada menjaga hak rakyat untuk air.

Selain itu juga,Tan Sri Khalid melihat pembersihan air dan merawat air di Sungai Klang adalah lebih efisyen dan efektif dalam mengatasi masalah air di Selangor.Untuk rekod,8.645 bilion telah diperuntukkan kerajaan Persekutuan sebagai geran bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor.Walaupun Selangor tidak perlu berhutang dalam projek Langat ini kerana ianya adalah inisiatif sepenuhnya oleh kerajaan,pada hakikatnya ia tetap duit rakyat yang bukan boleh dibazirkan sesuka hati.Sebagai satu analogi,katakanlah rumah anda mempunyai laman berumput.Tiba-tiba satu hari datang seorang hamba Allah menawarkan untuk memotong rumput secara percuma walhal rumput masih belum panjang.Tatkala anda menegahnya,dia menjadi marah dan meleteri anda.Itulah situasinya di Selangor.

SEPI DI JOHOR,UNTUNG PULA SI SINGA

Seperti yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam blognya,perjanjian air antara Johor dan Singapura bakal tamat tahun hadapan.Oleh itu,perjanjian air bagi menjual air 3 sen per seribu gelen sekarang akan dikaji semula.Untuk rekod, 86 juta gelen air sehari disalirkan dari Johor ke Singapura.

Sebagai timbal balik,Johor pula akan membeli air terawat,di mana Johor menjual air mentah dan membeli pula air terawat daripada Singapura dengan harga 50 sen perseribu gelen. Walaubagaimanapun,penjualan air oleh Singapura itu terhad kepada 12 peratus daripada jumlah gelen air mentah yang dijual oleh Johor kepada Singapura.Menurut perjanjian itu lagi,jika air mentah yang dijual kepada Singapura dikaji semula,samada menaik atau menurunkan kadar,Singapura juga akan mengkaji untuk menyemak tarif air terawat yang dijual kepada Johor.Sebagai contoh,jika dalam tempoh konsesi Johor bertindak menaikkan tarif air kepada 6 sen (kenaikan 100 peratus),Singapura akan mula menjual air terawat untuk kos RM1.00.

Begitulah cerdiknya para pemimpin Johor dalam berjual beli.Johor menjual air 3 sen manakala Singapura menjual semula untuk 50 sen atau dalam erti kata lain,Singapura sebenarnya mendapat percuma air,malah diberi pula sebanyak 47 sen untuk air terawat.Samalah seperti penulis ada pisang,lalu diberikan pada Tok Mah.Lalu Tok Mah menggoreng pisang tersebut dan penulis pula membayar upah RM1.00 pula kepada Tok Mah kerana sudi menggoreng pisang,walhal pisang tersebut penulis hanya dapat makan 12 keping manakala 88 keping pisang goreng yang lain dimakan Tok Mah anak beranak.Inilah sifir politik pemimpin UMNO Johor dalam berniaga,malah murid tahun Satu pun pandai mengira untung dan rugi dalam berbelanja.

Katakanlah Johor menjual 1000 gelen air mentah kepada Singapura.Ini bermakna Johor dapat 3 sen.

1000 gelen = 3 sen

Singapura pula menjual air terawat sebanyak 12 peratus daripada jumlah yang dijual pada mereka dengan harga 50 sen.
12/100 X 1000 = 120 gelen

1000gelen = 50 sen
1 gelen = 0.05sen
120 gelen = 0.05X120 = 6 sen

APA MAKNANYA?
Ini bermakna,dalam setiap 1000 gelen yang terjual,Johor mendapat 3sen.Namun,Johor pula akan membeli air terawat sebanyak 12 peratus daripada jualan 1000 gelen tadi.Ini bermakna,Johor akan mendapat 120 gelen sahaja daripada yang dijual kepada Singapura.Malah,Singapura dapat 1000gelen air mentah untuk harga 3 sen manakala Johor mendapat air terawat dengan 120 gelen untuk 6 sen.Ini bermakna,Johor dapat 3sen kerana menjual air,namun perlu membayar 6 sen pula untuk beli dengan jumlah yang lebih sedikit.Siapa cerdik?Singapura atau Johor?Sila tanya wartawan RTM Samad Majid atau TPM Muhyiddin Yassin.

SECARA RINGKASANNYA:

Johor jual air dapat 3 sen.
Johor hilang 1000 gelen dapat 3 sen.
Satu gelen,Johor dapat 0.003sen = duit satu sen 3 keping dibahagi 300 bahagian

Singapura beli air 3 sen.
Singapura dapat 1000 gelen,seterusnya mereka rawat air tersebut.

Johor beli pula air terawat dengan harga 50sen seribu gelen.
Satu gelen = 0.05sen
Tapi Johor hanya boleh beli 120 gelen sahaja.Hendak lagi banyak gelen,jual lagi banyak gelen.

Tapi Johor ini cerdik juga.Mereka telah bertindak menjual air kepada jiran mereka Melaka dengan harga 30 sen untuk 1000 gelen,lebih mahal daripada yang dikenakan terhadap Singapura.Malah,Melaka tidak pula perlu membekalkan air bersih pada Johor.Akhirnya,rupa-rupanya,Melaka negeri majulah yang membayar kos Johor kepada Singapura.Johor berkira dengan adik beradik tetapi pemurah dengan jiran.Inilah yang dinamakan meniaga atas meniaga,yang untung Singapura.

Sepatutnya,Johor tidak lagi perlu membeli air terawat dengan Singapura.Hal ini kerana sepuluh tahun yang lalu,Johor telah diperuntukkan sejumlah wang yang mencukupi untuk mereka membina loji pemprosesan air bersih sendiri tanpa perlu membeli daripada Singapura,namun sehingga kini,Johor masih membeli air daripada Singapura atas sebab yang tidak diketahui walaupun sudah mempunyai lojinya yang tersendiri.Kebijaksanaan terletak pada pembaca untuk menilai berita ini.

Alangkah baiknya jika laporan ini diceritakan oleh Samad Majid,wartawan RTM daripada asyik bercerita kisah kerajaan Kedah yang tidak mempedulikan mangsa keganasan air sedangkan Johor kini terpalit dek isu kecerdikan air.

0 comments: