Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, February 17, 2012

Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?

orang terkaya malaysia Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?

Senarai orang terkaya Malaysia 2012 telah pun dikeluarkan. Jikalau diperhatikan senaraian dan nilai aset yang dimilki oleh kalangan billionaire di Malaysia, tampak ada kejatuhannya daripada segi jumlah kekayaan. Cuma daripada kalangan 10 yang terkaya hanya Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Ong Beng Seng berjaya menambah nilai keyaan masing-masing….

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2012

Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012
  • Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  • T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  • Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  • Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  • Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  • Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  • Tan Sri Lim Kok Thay – - Gengting Group (aset RM7.58 billion)
  • Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  • Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  • Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
Senarai orang terkaya di atas ini adalah yang tersurat, tetapi yang tersirat?

Ramai billioanaire senyap sebenarnya di Malaysia. Mungkin kalau ada dimasukkan sekali kekayaan ahli politik di Malaysia mungkin kita boleh melihat kelibat di puncak senaraian rang terkaya di Malaysia:
  • Tun Daim Zainuddin? Mungkin?
  • Tan Sri Taib Mahmud? Mungkin?
jet taib mahmud Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?Pesawat Jet milik Tan Sri Taib Mahmud

Walaupun Robert Kuok sudah menjual kilang & antara perniagaan paling menguntungkan di Malaysia iaitu perniagaan gulanya kepada Felda dan Syed Mokhtar Al-Bukhary, beliau masih mampu menduduki tangga teratas orang paling kaya di Malaysia. Bagaimana beliau berjaya mengukuhkan mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya di Malaysia? Jawapannya…..
  • ROBERT Kuok merupakan “Raja Gula Asia”, beliau sudah berjaya menguasai 10 peratus daripada pasaran keseluruhan pengeluaran gula di dunia
  • Beliau mempunyai kepentingan majoriti bagi syarikat agriculture terbesar di Asia dan syarikat minyak sawit yang terbesar di dunia melalui Wilmar International yang merupakan sumber kekayaan terbesar Tan Sri Robert Kuok
  • Menjalankan pelbagai perniagaan termasuklah gula, minyak sawit, perkapalan dan hartanah
  • Mengawal sekali akhbar harian yang dikatakan paling menguntungkan di dunia, South China Morning Post
Cuma kami agak musykil dengan senaraian di atas, mengapa masih lagi mahu mengangkat individu yang nama Robert Kuok untuk senaraian di Malaysia sedangkan beliau sekarang sudah menjadi warganegara Hong Kong yang merupakan tanah jajahan republik China sekarang?

Perbandingan Orang Kaya VS Orang Kebanykan di Malaysia?
Merujuk senaraian 10 orang terkaya di Malaysia, kami tertarik dengan kenyataan Raja Nazrin apabila kami membanding kalangan orang terkaya di Malaysia dengan pecahan penguasaan ekonomi mengikut kaum di Malaysia.

orang terkaya Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?
Raja Nazrin mengatakan & membidaskan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) :
  • Sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dilaksanakan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 2, Tun Abdul Razak dan hasilnya sekarang adalah seperti yang anda lihat pada gambarajah di atas.

0 comments: