Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 24, 2012

1Malaysia Chopper : Lagi Wasatiyyah Hj Najib

Lagi kerja pulih imej PM Najib. Kali ini Paul Teutul Sr dari Orange County Chopper USA terpaksa memberi bantuan kepada Najib memulihkan imejnya di mata dunia melalui motosikal Chopper 1Malaysia.

Semalam 23 Mac, Majlis Penyerahan “1Malaysia Chopper” telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Ia diserahkan oleh sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Najib dengan bangganya menerima chopper tersebut.

Tentang belanjanya tentulah bukan dari poket Najib. Ratusan ribu RM telah dibelanjakan. Kalau Najib berunding tentang harganya, gamaknya boleh mencecah ke angka juta RM. Biasa dengar kan rundingan Najib.

Usah dikira tentang belanja, asalkan hati puas dengan duit rakyat!!

Ini juga dikira kerja memulihkan imej Najib 1Malaysia. Ini kerana kita tahu Paul Teutul Sr dari Orange County Chopper mempunyai rancangan TV sendiri berkaitan pembuatan motor yang akan ditonton seluruh dunia [duit lagi]. Seluruh dunia akan dapat melihat motor 1Malaysia Najib.

Kalau Rosmah tentang intan berliannya, Najib juga dengan gayanya…harap-harap JPJ luluskan penggunaannya di Malaysia kerana PM kita ingin membonceng isterinya Rosmah.

0 comments: