Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, March 4, 2012

FIFA siasat Indonesia dibelasah Bahrain 10-0 dalam kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia


FIFA akan menyiasat di sebalik kemenangan Bahrain 10-0 ke atas Indonesia termasuk penjaga gol Indonesia, Muhamad Guntur Andi. | foto AP
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kata ada unsur rasuah dalam perlawanan bola sepak antara Indonesia menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Rabu lepas di Manama.

Teorinya ialah, Bahrain perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia ketikan peluang Indonesia pula telah pun tertutup.

Dalam perlawanan berkenaan, Bahrain yang perlu menang dengan jumlah jaringan 9 gol untuk hidupkan peluang, namun nampaknya hajat negara teluk itu telah tercapai selepas teruk membelasah Indonesia 10-0. Keputusan itu dilihat amat memalukan dan mendapat kecaman dari ramai peminat pasukan Garuda itu.

Namun, Badan induk bola sepak Indonesia melalui ketua jawatankuasa disiplinnya, Bernhard Limbong telah menafikan sebarang unsur rasuah dalam perlawanan berkenaan setelah badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA bertindak menyiasat dan memantau perlawanan berkenaan.

Sebelum ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang terpalit dengan skandal rasuah telah mendapat perhatian pihak FIFA sehingga kegiatan bola sepak di negara itu berdepan dengan tindakan diharamkan penyertaannya dalam persekutuan bola antarabangsa berkenaan.

0 comments: