Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 27, 2012

Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)

Sumber BeritaSemasa

MM2H Car Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?

Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :

Mana-mana warga asing yang layak menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H) ini harga kerea bebas cukai. Ulang suara, bebas cukai. Rakyat Malaysia dapat?

  • Warga asing boleh beli kereta Honda pada harga Proton
  • Rakyat Malaysia sendiri terpaksa beli kereta Proton pada harga Honda
  • Warga asing dapat menikmati banyak kelebihan, diskaun dan penjimatan
  • Rakyat Malaysia sendiri “dipaksa berhadapan” dengan harga yang mahal?
  • Warga asing diberikan harga kereta yang bebas cukai
  • Rakyat Malaysia terpaksa berhadapan hutang pinjaman kereta antara 9-15 tahun lamanya
  • Logik?

MM2H Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Kami tidak mempersoalkan kalangan warga asing yang menikmati dan boleh memiliki harga kereta yang murah di Malaysia. Tetapi janganlah dibiarkan jurang terlalu besar antara kalangan kami rakyat Malaysia dengan peserta program MM2h Malaysia ini? Adakah kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah tiada hak untuk menikmatinya sedikit kelebihan selama menjadi warganegara Malaysia?

Ya…memang benar program MM2h Malaysia ini mampu menarik kehadiran ramai warga asing yang kaya-raya untuk tinggal di Malaysia. Itu satu rancangan yang bagus sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya mana-mana warga asing yang mempunyai simpanan yang banyak dan mahu menghabiskan hari-hari tua mereka, dipelawa untuk tinggal di Malaysia.

Itu sebablah kami yakin dan percaya, harga kereta yang ada sekarang ini masih ada ruang untuk diturunkan sebenarnya. Untuk permulaan, kami masih lagi realistik, di mana kami tidaklah mengharapkan harga kereta yang dijual selepas ini sama seperti yang dinikmati oleh warga asing yang menyertai program Malaysia MySecond Home ini. Tetapi apa yang diharapkan sebenarnya ialah jurang harga kereta yang agak keterlaluan ketika ini antara orang kaya (peserta MM2H) dengan rakyat Malaysia dikurang dan dikecilkan.

MM2H Car Price List Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Sebabnya, apa yang kami perhatikan keutamaan seolah-olah diberikan kepada warga asing yang membawa masuk aliran tunai ke Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia yang mempunyai nilai tunai yang sama + kelebihan dan kepakaran “dibiarkan” selama ini sehingga mereka-mereka ini mula berhijrah ke luar negara untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan Talent Corporation untuk mencari dan “mengejar” semula rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran & berbakat tetapi sudah tinggal bertahun-tahun di luar negara untuk diajak & dipelawa pulang berkhidmat di Malaysia. (Baca hasil tulisan & pandangan Allahyarham Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden BSKL)

Jika melihat kepada peserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, mereka ini kalangan yang kaya-raya. Orang kaya raya jarang melihat kepada penjimatan, tetapi kepuasan. Kepuasan daripada segi yang bagaimana? Kepuasan daripada aspek persekitaran, prasarana dan juga kehidupan yang lebih baik termasuklah mereka merasa selamat selama mereka tinggal di Malaysia. Itu yang paling penting sebenarnya.

Prestasi Program Malaysia MySecond Home (MM2h) – Daripada Tahun 2002-2011

Rekod di bawah ini merupakan jawapan lisan yang diberikan sendiri oleh Menteri pelancongan, Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai prestasi program Malaysia MySecond Home (MM2H).

  • Sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia MySecond Home” (MM2H).
  • Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.
  • Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut :

Bil

Negara

Jumlah

(2002 -2011)

1.

China

2857

2.

Bangladesh

2082

3.

United Kingdom

1789

4.

Jepun

1629

5.

Iran

1037

6.

Singapura

804

7.

Taiwan

724

8.

Pakistan

698

9.

India

631

10.

Korea

613

Cuma kata menteri, antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negatif ke atas usaha yang dijalankan untuk menjayakan program Malaysia MySecond Home (MM2H)

Senarai Harga Kereta di Malaysia (MM2h)

Mari kita semak senarai harga kereta yang ditawakan melalui program MM2H Malaysia ini :

Harga Kereta Honda Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Harga Kereta KIA Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Harga Toyota Vios Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Harga Kereta Proton Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Kalau di Malaysia ada :

  • Program Malaysia MySecond Home (MM2H) : Mempelawa warga asing yang kaya raya tinggal di Malaysia
  • Program Returning Expertise Program (REP) : Untuk rakyat Malaysia yang pulang berkhidmat di Malaysia. Yang ini mereka boleh beli kereta mana-mana model kereta luar untuk dibawa pulang ke Malaysia
  • Program untuk rakyat Malaysia : Kelebihan untuk rakyat Malaysia yang tidak keluar-keluar?

Kami tiada masalah untuk program MM2h Malaysia diteruskan. Tetapi…..ada tetapinya. Harapan kami setakat ini jelas bahawa harga kereta di Malaysia sememangnya ada ruang untuk diturunkan lagi. Tidak kisah untuk harga kereta diturunkan, kalau itulah caranya kerajaan mahu menarik mereka (warga asing yang kaya-raya ini) untuk tinggal di Malaysia tetapi janganlah harga kereta untuk rakyat sendiri membebankan. Itu sahaja.

Bagaimana? Apa pendapat anda selepas melihat senarai harga kereta yang ditawarkan antara anda dengan warga asing yang menyertai program Malaysia Mysecond Home (MM2H) ini? Patut atau tidak? Mengapa?


0 comments: