Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, March 25, 2012

Kanak-kanak 6 Tahun Ini Makan 14kg Beras Seminggu!

Anak 6 Tahun Ini Makan 14kg Nasi Perminggu!
Di usianya yang ke enam, kanak-kanak perempuan ini beratnya mencapai 91.2 kilogram. Namanya Suman Khatun, gadis cilik yang digelar kanak-kanak tergemuk di dunia. Kanak-kanak berasal dari India ini dijangka akan meninggal kerana serangan jantung kerana kebiasaan makan dan berat tubuhnya yang sudah jauh melebihi had, kata doktor yang merawat Suman, Subodh Bandyopadhyay.

Untuk sarapan pagi kanak-kanak ini menghabiskan 20 keping biskut dan 12 biji buah pisang. Tidak hanya sekali bersarapan, tapi dua setengah jam kemudian dia meminta sarapan lagi dengan menu 2 pinggan nasi dan 5 biji telur. Jika ditotalkan dalam satu hari Suman makan 6 pinggan besar nasi, 50 keping biskut, 32 buah pisang, 7 butir telur, 4 mangkuk kari ikan dan kentang.

Ayah Suman, Jalal, seorang petani hanya berpendapatan kira-kira Rp. 150.000 seminggu. Hampir seluruh pendapatannya digunakan untuk memberi makanan Suman.
Keadaan Suman berbeza dengan adik-beradiknya yang selalu kelaparan. Dalam seminggu, Suman menghabiskan 14 kilogram beras hanya untuk makanannya sendiri. Ibunya, Beli Bibi, sudah kehabisan usaha dalam menyekat nafsu makan Suman yang selalu rasa lapar setiap saat. Jika bahagian makanannya dikurangkan, Suman akan marah sambil menangis berguling-guling di lantai, dan akan memakan lumpur.


0 comments: