Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, June 11, 2010

Bunuh kambing dengan renungan mata.



SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.

LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasamatanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.

Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.

Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.

Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.

"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.

Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.

Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.

"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.

Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an.

!?

0 comments: