Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, September 11, 2010

Skandal Pemimpin Kerajaan Malaysia Di Bongkar

Oleh kraiutara.blogspot.com

[mas+SAVED.jpg]
Pihak tertentu mahu menyekat portal sensasi Malaysia Today dari menyiarkan dokumen yang dikatakan membongkar skandal membabitkan pemimpin atasan Kerajaan Malaysia.

Laman yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin dilanda masalah teknikal yang misteri sepanjang 24 jam lalu sebaik sahaja ia menerbitkan rencana memperincikan bagaimana Umno merompak kekayaan Sistem Penerbangan Malaysia.

"Kami diserang bertubi-tubi," kata Raja Petra kepada Asia Sentinal.

"Kita menghadapi masalah sejak 12 jam lalu, dan sehari sebelum itu selama 24 jam. Nampaknya seseorang melaburkan wang yang banyak untuk menghalang kami dari ke udara," tambah beliau.

Bahkan, akses unit teknologi laman web itu berjaya dipulihkan hanya buat seketika, sebelum akses itu terputus kembali.

"Laman ini diserang beberapa jam selepas kami siarkan rencana mengenai MAS. Kita dedahkan dokumen dari dan kepada mahkamah yang menunjukkan ada usaha untuk mengugat kes MAS terhadap Tajudin Ramli.

Raja Petra melarikan diri ke luar negara selepas didakwa memfitnah Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri, Rosmah Mansor, dan diancam dengan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia-Today tanpa lelah menyiarkan rencana dan dokumen-dokumen yang memperincikan salahlaku Tajudin Ramli di MAS. Beliau dituduh merompak jutaan ringgit dan hampir memufliskan syarikat penerbangan nasional itu.

Penyelewengan itu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM8 bilion ringgit dan perlu diselamatkan oleh Kerajaan yang memberi pada harga ia dijual, tanpa mengira kerugian yang ditanggung.

Manakala, anggota polis yang bertanggungjawab membongkar penyelewengan itu, Dato Ramli Yusoff, diheret ke mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan-tuduhan yang meragukan.

Raja Petra meneruskan kempen beliau dan mengelurkan rencana pada 8 September mendakwa Tajudin diberi kekebalan oleh Umno dengan sokongan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London, yang memaklumkan bahawa hartawan itu sekadar boneka Umno dalam urusan itu, dan Umno "bukan sahaja perlu melindungi Tajudin dari didakwa, tetapi juga perlu memastikan kerajaan membeli semula saham-saham di MAS pada harga yang sama dijual kepada Tajudin, meskipun nilainya telah jatuh dari nilai sebenar."

Malaysia Today juga bersiap-sedia untuk menyiarkan dokumen yang membutirkan salahlaku di syarikat kaitan Umno, UEM-Renong yang didahulunya diketuai oleh seorang lagi kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Halim Saad telah dituduh merompak perbendaharaan negara dengan mengenakan harga yang melampaui untuk kontrak-kontrak pembinaan.

"Mereka ini adalah sekutu-sekutu Tajudin, berkerjasama untuk mendedahkan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku. Mereka adalah boneka Umno. Mereka mahu mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Raja Petra.

"Bahkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak memberi restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk bersuara dan menuding jari pada Umno, Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion ringgit wang rakyat."

Bukan itu sahaja, pada 5 September, Malaysia Today menyiarkan rencana mendakwa rakan golf Najib, Tan Kay Hock, yang menguasai saham di Johan Holdings Bhd, meminta RM500 juta dari pegawai-pegawai Kerajaan China yang mendapat kontrak untuk membina projek laluan keretapi nasional.

Mereka diberitahu bahawa RM200 juta adalah untuk keluarga Najib.

Menurut Raja Petra, sistem keretapi negara akan menjadi punca pendapatan baru untuk Najib. Urusniaga membekalkan koc keretapi bernilai RM1.4 bilion dikatakan diraih oleh syarikat Rosmah Mansor.

Koc-koc itu dikatakan berharga RM300 juta sahaja, dan tidak berfungsi.

0 comments: