Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, September 9, 2010

Solat Hari Raya Aidulfitri

Solat Sunat Hari Raya Aidulfitri : Solat sunat dua rakaat satu salam dilakukan pada pagi hari raya fitrah sebagai tanda selesainya puasa sebulan di bulan Ramadhan, iaitu pada pagi 1 Syawal selepas terbit matahari pagi berkenaan. Walau bagaimanapun ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa pada hari tersebut.

Lafaz niatnya ialah : “Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat kerana Allah taala” atau ““Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat makmum kerana Allah taala”.

Caranya :
Rakaat pertama: selepas doa iftitah bertakbir sebanyak 7 kali dan setiap lepas takbir bacalah doa:
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

kemudian baca fatihah.


Rakaat kedua: sebelum fatihah bertakbir 5 kali dengan diselangi bacaan lafaz takbir seperti di atas.

0 comments: