Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, April 25, 2012

Berjoging sambil menyindir DBKL

 Dalam hujan lebat lewat petang semalam, sekumpulan pengguna Internet berpakaian kemeja-t Kuning berjoging sekitar Dataran Merdeka sebagai respons sinis kepada penegasan Datuk Bandar bahawa tempat itu hanya boleh digunakan untuk "acara nasional, sukan dan kebudayaan".
NONE
Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya.

Walaupun hujan menyebabkan kehadiran kurang, peserta yagn hadir tetap meneruskan hasrat mereka.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Liau Kok Fah, antara peserta perhimpunan itu berkata, ramai penyokong terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat menyertai program joging itu.

NONEPelari berhimpun berdekatan Tugu Negara sebelum berlari ke Dataran Merdeka, melakukan empat pusingan di padang dan kembali, meliputi jarak kira-kira 5km.

0 comments: