Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 9, 2012

Hutang Melaka negeri maju sebanyak RM865.9juta

Wartawan Sinar Harian
muflis

AYER KEROH - Pakatan pembangkang meramalkan negeri ini akan mengalami muflis sekiranya terus ditadbir di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong berkata, ini boleh dilihat apabila Ketua Menteri mentadbir Melaka sejak 13 tahun lalu, hutang Kerajaan Negeri Melaka kepada Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 80 peratus.

“Berdasarkan laporan dikeluarkan Kerajaan Negeri, sebelum ketua menteri itu mentadbir Melaka pada tahun 1999, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan cuma RM482,435,200. Namun, ia meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2011 kepada RM865, 939.45.

“Sementara, Rezab Simpanan Tunai Kerajaan Negeri Melaka pula dalam tahun 1999 adalah RM234 juta, manakala selepas 13 tahun Mohd Ali menjadi Ketua Menteri Melaka, ia cuma tinggal RM8.26 juta,” katanya sambil menunjukkan laporan­ yang pernah dibentang Ketua Menteri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) lalu.

Poay Tiong berkata, penurunan nilai simpanan tunai begitu mendadak itu adalah disebabkan banyak projek-projek mega dilaksanakan sehingga akhirnya menjadi gajah putih.

“Kerajaan Negeri Melaka di bawah Mohd Ali suka melibatkan Kerajaan Negeri dalam aktiviti perniagaan sedangkan pelaburan ini sepatutnya diambil pihak swasta.

“Sebagai sebuah kerajaan, fungsi utama adalah mentadbir negeri bukannya melibatkan diri dalam bidang pelaburan.

“Justeru sehingga hari ini Kerajaan Negeri Melaka sering menyalurkan sumber kewangan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri yang banyak melibatkan dalam aktiviti pelaburan.

“Apabila projek gagal, kerajaan terpaksa tanggung hutang yang tinggi sehingga kesudahannya segala masalah kembali kepada rakyat,” katanya.


0 comments: