Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 30, 2012

Ambiga mahu Suhakam siasat dakwaan keganasan


Image source : http://www.freemalaysiatoday.com/
Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 Datuk S. Ambiga berkata beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

"Kami mahu Suhakam menjalankan siasatan bebas...mereka yang mencetuskan masalah hendaklah dikenalpasti termasuk mereka yang melanggar sekatan pihak berkuasa dengan merempuh pagar pengadang (di Dataran Merdeka)," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata siasatan penuh perlu dibuat oleh Suhakam bagi mendapatkan maklumat termasuk arahan melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia serta arahan menutup operasi sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ditanya adakah beliau selaku penganjur perhimpunan itu akan bertanggungjawab terhadap insiden itu yang menyebabkan banyak kerosakan kepada kemudahan awam, Ambiga berkata beliau perlu meneliti laporan Suhakam sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai siapa yang harus bertanggungjawab. "Jangan buat sebarang andaian siapa yang perlu bertanggungjawab... kami perlu menyiasat dahulu, kami ingin mengetahui siapa yang melakukannya.

"Biar siasatan dijalankan dan kami mahu Suhakam menyiasat dari segala sudut...mereka boleh juga menyiasat kami," katanya. - Bernama

0 comments: