
Blogpenyamun,Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.
Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang dengan lagu “Kekasih Yang Tak Dianggap” itu sudah dua kali menukar  agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje.  Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu  memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia  memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan  atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah  dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa  seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.
Yang kedua pula adalah selebriti  yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi  Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama  kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan  atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di  Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui  apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah  bintang pengacara MTV itu.
Pengurus  kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan  tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia  tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya  berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi  mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja  tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.
Selebriti  paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama  sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama  Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang  berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara  yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan  ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut  agama Hindu.
Upacara  itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu  berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan  perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan  majlis di Sukabumi.
Isu  masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar  agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara  biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia  dibolehkan.
 

 
0 comments:
Post a Comment