Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah memberi Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak selama 7 hari untuk mengambil tindakan  terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah Aman, Menteri  Luar, mengenai skandal balak RM400 juta.
"Kita mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengarahkan Anifah dan Musa  mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan  bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli  memberitahu pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.
Pendedahan Sarawak Report Yang Terdahulu
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor Sarawak Report.
Sarawak Report mendakwa memiliki dokumen SPRM yang hasil  siasatannya memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman  secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada  adiknya itu.
Menurut laporan itu lagi, dokumen tersebut adalah sebahagian daripada  siasatan terhadap penyelewengan balak selepas kroni bagi Musa Aman,  Michael Chia, telah ditahan kerana cuba menyeludup keluar SGD16 juta  (RM35 juta) dari Hong Kong pada 2008.
Kandungan siasatan
Dua konsesi utama yang dibeli oleh Yayasan Sabah bagi kayu balak  ditebang dan Penerima tawaran adalah Anifar Aman dan Hairul Aman, anak  saudara Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong.
Aspek-aspek yang lain, yang lebih mengejutkan adalah, ia membolehkan  pemegang konsesi mengeluarkan balak sebanyak 2,000 hektar dari hutan  dara di Hutan Simpan Pinagah:
Kedua-dua lesen telah diberikan sejurus selepas Musa Aman menjadi Ketua  Menteri dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada tahun  2003.
Gani Patail Juga Terlibat?
Peguam Negara Abdul Gani Patail, yang berasal dari Lahad Datu, telah menghalang siasatan SPRM.
Beliau yang berkait rapat dengan keluarga Aman, telah enggan untuk meneruskan kes itu.
Rakyat bimbang bahawa keengganan Gani untuk membenarkan siasatan rasuah  peringkat tinggi, telah membenarkan ahli-ahli politik BN lain untuk  terus menyedut kekayaan negara dan tidak terganggu.
Jenayah Elak Cukai Berpuluh Juta
Pakar-pakar berkata bahawa hutan dara menyediakan 100 meter padu kayu  setiap hektar. Pemegang Lesen sepatutnya membayar Yayasan Sabah RM55 dan  Jabatan Perhutanan RM95 setiap meter padu dibalak, yang berjumlah RM150  dalam bentuk cukai.
Walau bagaimanapun, semua hasil sangat sedikit diisytiharkan, tanpa membayar cukai yang berjumlah sekitar RM30 juta.
Monday, April 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



 

 
0 comments:
Post a Comment