Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 9, 2012

Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Sumber Beritasemas

Harvard University Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar Malaysia untuk masuk ke universiti paling berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.

Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini?

Sekarang ini, beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM. Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya dalam diri setiap pelajar?

Universiti Harvard Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Dipetik Daripada Laporan : Malaysia Insider

Melihatkan isu ini, kami suka untuk berkongsi beberapa contoh dan cerita di sini di mana sebelum ini terdapat satu kursus yang diadakan oleh bekas-bekas pelajar yang pernah memasuki Ivy League yang bertempat di Taylors College. Dari Universiti Columbia, Brown, Duke, Yale, Princeton, MIT dan Harvard, CalTec dan juga Stanford pun ada turut sama-sama menyertainya. Dan terdapat juga beberapa universiti lain yang lain pada masa itu. Boleh dikatakan yang hadir datang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar & bekas pelajar dari universiti yang berprestij di dunia. Seperti kata-kata seorang wakil daripada MITI :

“if you randomly throw a stone there, you will definitely hit a mathematic Olympiad champion”

Hakikat antara mereka yang hadir adalah majoritinya adalah Cina, ada juga sebahagiannya adalah berbangsa India. Melayu tiada pada masa itu. Tetapi kalangan daripada mereka yang hadir memaklumkan suatu masa terdahulu terdapat beberapa kalangan Melayu yang berjaya diterima masuk ke dalam Harvard. Itu, dahulu….

“Seingat kami dahulu Raja Nazrin, Ananda Krishnan, Wan Nadiah Wan merupakan lulusan Universiti Harvard. Ada kalangan anda yang mahu berkongsi senaraiannnya?

Sekarang?

Dan…mereka mengatakan kebanyakan pelajar Malaysia yang mendapat keputusan yang cemerlang atau dalam bahasa yang mudah untuk diterima iaitu “keputusan yang gempak” tidak menjamin untuk anda-anda semua diterima masuk ke dalam universiti yang paling berprestij di dunia iaitu Universiti Harvard. Jadi apa yang mereka mahukannya sebenarnya? Apa yang Universiti Harvard cari adalah :

“Siapa anda, dan apa yang anda minati”

Ini semua ada kaitan dengan keghairahan seseorang dalam menimba ilmu mengikut bidang yang anda minati yang akhirnya perlu dibuktikan kepada semua panel melalui esei anda. Kebanyakan yang memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka tidak boleh menafikan yang mereka yang berjaya mendapat semua A dalam SPM dahulu tetapi apa yang penting yang perlu ada dalam diri mereka dan membezakan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain pada masa itu adalah :

“Mereka amat bersemangat” dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Mereka akan buat sebaik mungkin.”

Contoh lain yang ingin kami kongsikan di sini adalah di mana ada seorang pelajar Princeton yang memang minat menari dan amat bagus dalam menari balet. Jadi apa yang beliau lakukan semasa memohon masuk ke dalam universiti tersebut? Beliau telah hantar semua imej dan gambar semasa beliau bertanding, sijil, siap sekali disertakan video dengan esei beliau. Akhirnya, beliau berjaya diterima masuk ke Univerisiti Priceton dalam jurusan Biologi.

Ada kisah lain yang menarik perhatian kami, di mana ada kalangan di antara mereka yang minat melukis dan telah menghantar banyak helaian lukisan yang disertakan bersama-sama borang permohonan tersebut, akhirnya beliau juga diterima masuk Universiti Brown. Seingat kami, beliau belajar dalam jurusan statistik.

Jadi, semuanya berkisar kepada semangat. Ada seorang kaunselor dari Kolej Taylor ini berkongsi ceritanya dnegan mengatakan ada seorang budak perempuan Melayu yang dapat diterima masuk ke dalam Harvard disebabkan beliau sendiri menghantar buku resepi ciptaan beliau sendiri bersam-sama dengan borang permohonan beliau.

Oleh itu, mereka (universiti Harvard) ini kurang memberikan perhatian kepada markah SAT 1600, SPM 16 A+ atau keputusan 20 A1. Ini kerana ramai juga yang memohon mendapat keputusan yang sebegitu rupa. Jadi mereka lebih gemar untuk melihat dan menilai keghairahan pemohon dan adakah pemohon benar-benar mampu memberikan komitmen dan semangat secara maksimum?

“Itu sebablah, individu yang ghairah dengan apa yang beliau minat, mempunyai pelaung yang cerah untuk diterima masuk ke dalam universiti berprestij ini”

Jadi sudah sampai waktu dan ketikanya, masyarakat (ibubapa, pihak sekolah, kerajaan) tidak digalakkan untuk terus memberikan tekanan supaya mereka tidak hanya mengejar bilangan A semata, tetapi kemahiran sosial dan pembentukkan diri seorang pelajar itu sendiri perlu diambil perhatian yang cukup serius.

Yang pentingnya di sini, asas institusi pengajian tinggi sebenarnya adalah terdiri daripada sistem pendidikan rendah dan menengah. Jikalau asas di bawahnya tidak kuat, puncaknya pasti akan bergoyang. Terus-terang kami katakan sistem pendidikan di Malaysia di era 60 an dan 70 an lebih baik berbanding sistem pendidikan yang digunakan untuk tempoh 20 tahun ketika ini.

  • Dahulu, sistem pendidikan benar-benar diajar dan dididik untuk mendalami ilmu , bukan semata-mata mengejar keputusan peperiksaan dengan cemerlang semata
  • Dahulu, mreka lebih bebeas menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka
  • Persoalannya sekarang ini, dengan lambakan pelajar yang mendapat 10A setiap tahun. Adakah mereka benar-benar berkualiti atau bersandarkan kepada kuantiti semata?
  • Adakah ini ukuran sebenar yang mereka pandai? Kalau jawapannya adalah YA, maknanya di sini siapa yang memperolehi 10A mestilah pandai. Yang dapat 20A, pastinya genius. Yang dapat 35A, bagaimana pula?

Daripada sini, kita boleh lihat kenapa dan mengapa sistem pendidikan di Malaysia perlukan perubahan. Kami melihat sistem pendidikan sekarang mengajar pelajar untuk lebih menghafal dari memahami sesuatu ilmu.

Sekali pandang, inilah dia serpihan kesan disebalik sistem persekolahan di Malaysia. Sistem persekolahan di Malaysia ada baiknya, tetapi masih ada ruang yang perlukan perubahan besar dalam sisitem persekolahan di Malaysia.


0 comments: