Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, December 5, 2012

1.4 Juta Kakitangan Awam Sudah Cukup!! Pengambilan Kakitangan Kerajaan Akan Perlahan @ BEKU?

Jawatan Kakitangan Awam 1.4 Juta Kakitangan Awam Sudah Cukup!! Pengambilan Kakitangan Kerajaan Akan Perlahan @ BEKU?
Ada yang bertanya dan menghantar email ke Berita Semasa mengenai usul Presiden Cuepacs mengenai penempatan semula kakitangan awam yang dilontarkan baru-baru sebagai sebahagian daripada usaha memperbaiki perkhidmatan awam secara keseluruhannya…Masing-masing menjadi “takut” untuk dipindahkan…
Penambahan kakitangan awam perlu dilakukan mengikut keperluan kekosongan dengan keutamaan diberi kepada sektor pendidikan dan keselamatan yang sentiasa memerlukan kakitangan tambahan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula perlu lebih fleksibel dalam menentukan penempatan semula kakitangan awam supaya tidak perlu mewujudkan jawatan baru serta menambah petugas dalam sektor awam.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga turut menyuarakan perkara itu baru-baru ini sekaligus dilihat mampu memantapkan anggota penjawat awam dari segi kualiti dan kuantiti.

“Justeru, penambahan jawatan baru rasanya tidak perlu, sebaliknya JPA mungkin boleh menimbang meletakkan pegawai sedia ada melakukan kerja tambahan melalui proses penyusunan semula dalam sektor atau jabatan yang terbabit,” katanya.

Ali sebelum ini berkata, kerajaan menunggu Suruhanjaya Khas (Mengkaji Transfromasi Perkhidmatan Awam) mengemukakan laporan sebelum 31 Disember ini untuk memperbaiki perkhidmatan awam secara keseluruhan. Katanya, jumlah penjawat awam kini seramai 1.4 juta dilihat mencukupi dan jumlah itu tidak perlu ditambah lagi, sebaliknya JPA lebih fleksibel dari segi penempatan semula.
Sebenarnya, penempatan semula bukan bermaksud nak pindah-pindah sesuka hati suka hati mana-mana pegawai ke tempat lain. Tetapi lebih kepada memantapkan kerja-kerja sedia ada dengan guna tenaga yang sama. Ok. Contohnya, kalau ada kekosongan gred tertentu, tidak perlu buka perjawatan baru. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya “promote” sahaja gred lebih rendah untuk mengisi kekosongan yang ada TANPA mengambil kakitangan kerajaan yang baru.

Maknanya di sini, pengambilan kakitangan kerajaan selepas ini mungkin akan diperlahankan atau dibekukan untuk sementara waktu. Mungkin?

Tidak mudah sebenarnya untuk memindahkan kakitangan kerajaan ini. Kerajaan ada kemampuankah untuk membayar elaun pindah, elaun gangguan semua itu? 1 orang akkitangan kerajaan sahaja memerlukan sekitar beribu ringgit untuk dibelanjakan, jikalau beribu-ribu kakitangan kerajaan yang dipindahkan?

Kami dimaklumkan sekarang ini untuk sesetengah tempat, CC mereka sudah mula ada yang bertanyakan samada mahu isikan borang kenaikan pangkat atau tidak? Di mana di bawahnya itu, ada tertulis ayat seperti di bawah ini :
*……dan saya bersedia untuk dipindahkan ke kawasan berikut……..
Tetapi kebanykannya memulangkan kembali dengan alasan tempat yang dipindahkan itu “tidak menarik”
Kesempatan ini, kami juga berharap sangat yang JPA ini tolonglah buat “job rotation” kalangan PTD-PTD yang ada ini. Masing-masing berada di jawatan yang sama lebih daripada 5 tahun sehingga mereka merasakan sudah berada di “comfort zone”. Buat kerja sambil lewa sahaja. Buat semua PTD begitu, tetapi ada yang dikesan bersikap acuh tak acuh dengan tanggungjawab dan tugas mereka ini. .

Jangan hanya mengharapkan pekeliling sahaja. Masalah yang utama kalau nak buat “job rotation” secara dalaman ini jangan diletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana yang jaga bidang tugas itu sendiri sudah 7 tahun berkhidmat di sana sejak mula-mula bekerja di sektor awam. Orang yang baru 1-2 tahun pun disuruh buat “job rotation”.

Semestinya yang empunya diri tidak akan buat “job rotation” untuk diri sendiri. Dengan alasan sayang kepakaran yang ada dalam bidang tugas tersebut ditukar dengan orang lain.-Beritasemasa

0 comments: