Tentera Israel kembali mengganas, pada hari Isnin lalu (24/12/2012) mereka menyerbu sebuah masjid di kawasan kampung di Jenin. Seorang pegawai tempatan berkata Askar Yahudi menyerbu dengan alasan untuk mencari barang antik Yahudi.
Ketua Majlis Kampung
Fahma, Muhammad Eid Nawasra mengatakan kepada Ma'an bahawa pasukan
Israel masuk dan menyerbu masjid ketika solat subuh.
Tentera Yahudi
laknatullah ini menggeledah masjid dan jemaah, mempersoalkan tentang
sebuah batu kuno yang diukir dengan tulisan Ibrani.
Penduduk kampung berkata kepada tentera bahawa mereka tidak tahu sama sekali mengenai batu itu.
"Bangunan itu telah ada sejak zaman Rom dan diubah menjadi masjid beberapa dekad lalu," jelas Nawasra.
Seorang jurucakap tentera Israel enggan untuk memberi komen atas insiden ini.
Diterjemah dari sumber islampos
0 comments:
Post a Comment