Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, December 28, 2012

Tanya Mindef tentang pesawat yang hilang, kata Anwar

Sumber MKini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sewajarnya tahu kementerian yang terlibat dalam perolehan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sepatutnya mengajukan sebarang dakwaan penyelewengan kepada menteri pertahanan pada masa itu.

Merujuk kepada tulisan Zam dalam blognya, Anwar menegaskan bahawa Kementerian Kewangan mempunyai penglibatan yang terhad dalam urusniaga tersebut.

NONE"Yang memutuskan perkara ini adalah Mindef (Kementerian
Pertahanan). Kementerian Kewangan hanya dipanggil apabila merundingkan harga. Kementerian Kewangan dipanggil untuk menentukan jika harga urusniaga itu wajar," katanya.

Zainuddin dalam tulisannya bertarikh 25 Disember berkata Anwar

Ibrahim perlu membuat penjelasan segera sama ada benar atau tidak

tentang khabar dari dalam TUDM mengatakan ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau telah menggunakan pengaruhnya supaya TUDM membeli pesawat CN 235 dari Indonesia.

Bagaimanapun, tulis Zam, daripada lapan buah yang dipesan, hanya enam buah yang dihantar dan "ini menimbulkan masalah kepada TUDM sehingga sekarang, kerana TUDM memang memerlukan lagi pesawat jenis ini".

Zainuddin yang merupakan bekas ketua pengarang  Utusan Malaysia, mendakwa pesawat itu dibeli untuk "mengukuhkan hubungan" di antara Malaysia dan republik itu yang dipimpin presiden BJ Habibie pada masa itu.

0 comments: