
ADUN Kampung Tunku Lau Weng San menyelar ketua biro profesional MCA Chua
 Tee Yong yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi BN di 
Selangor.
"Apabila Chua menyerang kita dengan soal tanah Talam (Corporation), kami memberi jawapan kepadanya.
"Tapi
 sekarang dia berdiam diri dan melarikan diri daripada isu tanah BN," 
katanya kepada pemberita selepas melawat sekeping tanah di Sungai Way 
yang didakwa diperolehi Umno Petaling Jaya dengan harga murah.
Tanah
 komersil seluas 5010.6 kaki persegi itu, yang kini menempatkan pusat 
penjaja, merupakan salah satu daripada 24 keping tanah yang didakwa 
diperolehi BN dengan harga RM1 sekaki persegi.
Lau menganggap 
tindakan Chua yang berdiam diri dalam soal berkenaan merupakan sokongan 
kepada perbuatan tersebut, selain menjejaskan kredibiliti pemimpin muda 
MCA itu dalam isu Talam.
"Jika dia boleh datang ke kawasan 
parlimen ini untuk menghadiri majlis makan malam MCA dengan 500 meja 
minggu lalu, dia boleh datang tengok tanah ini," katanya.
Ini 
merupakan cabaran kedua oleh MP Pakatan kepada Chua untuk menbuat 
kenyataan berhubung skandal berkenaan, ekoran serangannya ke atas 
kerajaan Selangor dalam isu perolehan semula hutang Talam.
Tuesday, December 11, 2012
DAP: Kenapa Chua Jr diam isu tanah murah BN?
Posted by Suhaimi at 9:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment