Soalan :
Saya bekerja di Kuala Lumpur dan sering
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kerap juga saya tidak sempat
solat magrib kerana berada di dalam kereta dan tidak dapat bergerak ke
mana-mana . Dalam keadaan ini bolehkah saya menjamakkan solat magrib ke
dalam waktu isyak ?
Jawapan :
Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
bukan darurat yang mengharuskan anda mendapat rukhsah (keringanan )
untuk jamak. Dalam keadaan yang sering menimpa warga kota ini, anda
perlu bersolat magrib sambil memandu!
Caranya sangat mudah . Anda hanya perlu
berniat dan bertakbir seperti biasa tanpa perlu mengangkat tangan
daripada stereng. Lakukan rukun-rukun qauli (bacaan) seperti biasa
dengan mata memandang ke jalan raya.
Rukun-rukun fi'li (perbuatan) dilakukan
dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan
rukun yang lain. Seperti rukun qiam (berdiri) digantikan dengan
bersandar pada kusyen; rukuk dilakukan dengan mengerakkan sedikit tubuh
ke hadapan ; sujud dilakukan dengan mengerakkan tubuh sedikit ke
hadapan; dan duduk dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke
belakang. Semua perbuatan ini hendaklah dilakukan tanpa mengganggu
konsentrasi pemanduan.
Sekiranya anda sampai ke
rumah ketika waktu magrib masih ada, solat magrib wajib dilakukan
seperti biasa. Sekiranya terlepas magrib anda perlu mengqadanya, kerana
solat yang dilakukan di dalam kereta hanya sebagai menghormati waktu.
# Solat perlu ada wuduk,wuduk perlu digantikan dengan tayamum (darurat ) .
Sekiranya bersolat dalam keadaan yang bergerak seperti kereta, disyaratkan menghadap ke arah kiblat pada permulaan solat tersebut sekiranya mampu melakukannya. Dalil yang mensyaratkan perkara ini ialah hadis Anas katanya bermaksud:
"Rasullulah ketika bermusafir dan ingin
bersolat solat di atas tunggangannya , dia menghadap ke arah kiblat dan
bertakbir untuk solat , kemudian dia melepaskan tali tunggangannya, dan
bersolat ke arah mana ia (tunggangnya menghala)."
(Direkodkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Tetapi
sekiranya sukar atau boleh mendatangkan bahaya , seperti seorang yang
sedang memandu kereta atau bot, tidak perlu dia menghadap ke arah
kiblat.
Petikan :
Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
Monday, December 17, 2012
Cara Solat Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas.
Posted by Suhaimi at 6:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment