
Seorang wanita yang disaman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik 
(AES) menangis di mahkamah Kuala Lumpur semalam, tetapi pulang dengan 
tersenyum lebar selepas majistret menggugurkan pertuduhan terhadapnya 
kerana kesilapan teknikal.
Soon Chooi Mee diperintahkan ke 
mahkamah majistret pagi semalam atas tuduhan tidak berhenti di lampu 
isyarat di Jalan Klang Lama di ibunegara.
Soon, 53, yang 
mengalami masalah pendengaran, hilang alat bantuan pendengarannya dalam 
satu rompakan dua hari lalu dan dia hampir tidak dapat mendengar soalan 
dari majistret Noorasyikin Sahat.
Apabila jurubahasa membaca 
kertas pertuduhan yang menyatakan Soon tidak berhenti di lampu isyarat 
ketika lampu merah sekitar jam 12 tengah malam, Soon berkata mengikut 
saman yang diterimanya, waktunya ialah sekitar jam 12 tengah hari.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes itu untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.
Bagaimanapun,
 mungkin kerana tekanan akibat rompakan pada malam Rabu, dan terpaksa 
pula hadir di mahkamah pada keesokannya, Soon kelihatan menangis.
Seorang peguam dan wartawan yang duduk berhampiran dengan Soon di mahkamah cuba memenangkannya.
Tuduhan digugurkan
Apabila
 kes itu disambung semula kemudiannya, majistret Noorasyikin 
menggugurkan pertuduhan terhadap Soon kerana dua masa berlainan bagi 
tuduhan tersebut dalam saman dan kertas pertuduhan.
Soon kemudiannya berhenti menangis beredar dari mahkamah, sambil tersenyum.
Mahkamah
 majistret Kuala Lumpur sesak semalam dengan lebih daripada 1,400 
pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di mahkamah, 
menjadikannya bilangan terbesar yang hadir sejak beberapa hari yang 
lalu.
Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, 
termasuk Soon, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah. Daripada 
jumlah itu, 13 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah.
Dua empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran.
Di mahkamah yang sama pada hari Selasa, pemandu 914 telah disaman supaya hadir, tetapi hanya 27 yang hadir.
Friday, December 7, 2012
Wanita menangis di mahkamah kerana saman AES
Posted by Suhaimi at 9:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment