"Sebelum ini, anggota panel penggubalnya dilantik dengan keputusan dari raja atau Presiden yang disokong oleh Majlis Tentera sementara panel kali ini mewakili segenap lapisan masyarakat di Mesir."
Sultan dalam status Facebook beliau kemudian menyatakan, "Kita akan sempurnakan revolusi kita yang dimulakan pada 25 Januari dengan izin Allah. Kita akan serahkan draf perlembagaan kita kepada Presiden republik beberapa jam sahaja lagi, kemudian diikuti referendum rakyat. Lalu ketika itu akan tersingkap kehendak rakyat seperti yang dikehendaki Allah maka akan hilanglah seluruh buih-buih yang menganggu maka yang akan tinggal ialah sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."
6.pm waktu Malaysia
11.50 pagi waktu Kaherah: Para penyokong mula membanjiri jalan-jalan raya di kawasan sekitar Dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah sebagai permulaan kepada Jutaan "Syar'iyyah dan Syariat"
Sumber FJP: Rombongan dari Panel Penggubal Perlembagaan yang diketuai oleh Hakim Husam Ghiryani dijadualkan mempersembahkan kepada Presiden Dr.Mursi draf perlembagaan jam 4 petang hari ini.
Salah satu suasana sokongan rakyat kepada Dr.Mursi di dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah pagi ini.
Mereka melaungkan "Jom Mursi! Pukul lagi banyak! Zindi (Presiden Kelab Hakim) belum kena..Tihani (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) pun belum kena..!!"
7.00 pm waktu Malaysia
Suasana stesen kereta api Giza yang terus-menerus menerima kebanjiran penyokong rakyat dari arah selatan Mesir, berita yang dikemaskini hampir setengah jam lalu.
Analisis berita menjangka lebih 1 juta rakyat akan membanjiri Dataran Nahdhah petang ini.
8.00 pm waktu Malysia
Sumber FJP: Dua perarakan besar kumpulan penyokong Mursi akan berhimpun di Masjid Amru bin Al-'As dan dataran Mustafa Mahmoud selepas Zohor hari ini menuju ke Universiti Kaherah.
8 pm waktu Malaysia
Para peguam yang menyokong Presiden Dr.Mursi bersedia memulakan perarakan dari Pejabat Kesatuan Peguam Mesir menuju ke hadapan Universiti Kaherah. Malangnya, Presiden kesatuan tersebut, Samih 'Asyur bersama golongan penentang Mursi.
9.00 pm waktu Malaysia
TERKINI: Perarakan yang disertai hampir 70 ribu penyokong Mursi dari wilayah El-Menia, kira-kira 500 km dari Kaherah selamat tiba di himpunan jutaan "Syar'iyyah dan Syariat".
Televisyen rasmi Mesir: Jalan ke Universiti Kaherah ditutup.
Biar gambar berbicara..Dijangka lebih ramai menjelang petang.
Para peguam yang menyokong Presiden Dr.Mursi bersedia memulakan perarakan dari Pejabat Kesatuan Peguam Mesir menuju ke hadapan Universiti Kaherah. Malangnya, Presiden kesatuan tersebut, Samih 'Asyur bersama golongan penentang Mursi.
9.00 pm waktu Malaysia
TERKINI: Perarakan yang disertai hampir 70 ribu penyokong Mursi dari wilayah El-Menia, kira-kira 500 km dari Kaherah selamat tiba di himpunan jutaan "Syar'iyyah dan Syariat".
Televisyen rasmi Mesir: Jalan ke Universiti Kaherah ditutup.
Biar gambar berbicara..Dijangka lebih ramai menjelang petang.
9.30 pm waktu Malaysia
Anggaran jumlah rakyat yang keluar ke jalan-jalan raya menyokong Mursi sehingga petang ini di bandar Kaherah, Iskandariah, Asyut dan bandar-bandar lain melebihi 8 juta orang!
Anggaran jumlah rakyat yang keluar ke jalan-jalan raya menyokong Mursi sehingga petang ini di bandar Kaherah, Iskandariah, Asyut dan bandar-bandar lain melebihi 8 juta orang!
Himpunan diteruskan bagi menanti detik penyerahan rasmi Panel Penggubal Perlembagaan draf yang diluluskan kepada Presiden Mursi beberapa ketika sahaja lagi.
Menjelang malam di hadapan Universiti Kaherah beberapa minit lalu.
Sumber Ikhwanonline: Oleh sebab jumlah rakyat yang menyertai himpunan semakin bertambah, sebuah pentas baru terpaksa didirikan di Jalan Ahmed Zuwail, berasingan pentas utama yang sedia ada di hadapan Universiti Kaherah.
Ikhwanonline: Pihak penganjur terpaksa menutup laluan masuk ke Dataran Nahdhah ekoran semakin ramai rombongan rakyat yang datang secara berkumpulan. Himpunan dilaporkan telah melimpah ke Jambatan Universiti.
Jurucakap Parti Nur, Nadir Bakkar: "Perarakan dari ahli dan penyokong Parti Nur belum lagi bermula dan kami merancang untuk bergerak jam 3.30 petang tetapi dataran telah ditutup."
12.45 mlm waktu Malaysia
"Jutaan Syar'iyyah dan Syariat" di dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah. Lebih 5 juta rakyat Mesir membanjiri dataran tersebut waktu ini.
Presiden Dr.Mursi baru tiba di Dewan Persidangan Kaherah di Madinah Nasr dan bertemu dengan semua anggota Panel Penggubal Perlembagaan untuk majlis terima draf perlembagaan baru negara yang diluluskan Khamis lalu. Berdiri di sebelah kiri beliau ialah Pengerusi panel, Husam Ghiryani.
2.20 am waktu Malaysia
2.40 waktu Malaysia
Husam Ghiryani menyampaikan ucapan aluan.
Husam Ghiryani menyampaikan ucapan aluan.
Mursi menerima naskhah Draf Perlembagaan Mesir dari Husam Ghiryani. Panel Penggubal Perlembagaan negara,
3.10 waktu Malaysia
Sentuhan seorang ketua negara..Presiden Dr.Mursi mencium kepala salah seorang anggota Panel Penggubal Perlembagaan Mesir, Ikrami Sa'ad yang mewakili mereka yang cedera dalam Revolusi 25 Januari, sejurus sebelum berucap.
Presiden Mursi menyampaikan ucapan.
"Draf perlembagaan baru ini mengurangkan kuasa Presiden antaranya tidak boleh bagi Presiden membubarkan Dewan Rakyat kecuali setelah mengadakan pungutan suara rakyat. Jika rakyat menolak, maka itu keputusannya."
Mursi mengucapkan terima kasih kepada 13 anggota panel yang menarik diri di saat akhir dan tidak hadir ke persidangan hari ini termasuk Amru Musa.
"Saya ingin katakan bahawa usaha kalian bersama-sama meletakkan perlembagaan baru pada awalnya amat dihargai dan tidak akan dilupakan. tidak lupa kepada peranan hakim-hakim yang menyelia pilihanraya-pilihanraya dan referendum sebelum ini dan usaha besar mereka dalam membongkar penipuan pilihanraya di bawah rejim sebelum ini."
"Saya hari ini menyeru kepada rakyat Mesir untuk keluar pada refrendum yang ditetapkan pada hari Sabtu bersamaan 15 Disember 2012."
Mursi mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Panel, Husam Ghiryani dan seluruh anggota panel.
Langit Kaherah bermandi bunga api sebagai meraikan kejayaan melangkah tempoh yang sukar dalam pemerintahan Mursi. Alhamdulillah..
TAKBIRRR!!!!
0 comments:
Post a Comment