Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 12, 2010

APCO : Adakah 1Malaysia & 1Indonesia satu kebetulan..???

Baru-baru ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999. Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari Yahudi APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini

www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf

Persoalan yang timbul dari persamaan ini:

1-Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
2-Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
3-Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1 Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
4-Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
5-Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1 Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?



Sila lihat gambar diatas ini konsep 1 Malaysia dan 1 Indonesia begitu serupa...



Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

Sumber : DD

0 comments: