Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 1, 2010

Saintis akui khasiat air liur basi

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi, mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis baik yang membantu proses penghadaman makanan.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus dan bisido bacteria yang berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bakteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.

“Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di dalam usus besar.

Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzim yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.


Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi. Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

0 comments: