Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 19, 2010

Button tawan GP China


JENSON BUTTON (tengah) muncul juara GP China semalam. Rakannya, Lewis Hamilton (kiri) menduduki tempat kedua sementara Nico Rosberg (Mercedes GP) di tempat ketiga.



SHANGHAI, China - Jenson Button mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Lewis Hamilton untuk menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China semalam.

Selain mencatat kemenangan 1-2 untuk pasukan McLaren, kemenangan itu turut membolehkan Button memimpin kedudu- kan teratas dalam kategori pemandu.

Dalam satu perlumbaan yang dianggap kelam-kabut berikutan berubahan keadaan cuaca, kebanyakan pemandu terpaksa memasuki laluan pit sekurang-kurangnya empat kali.

Begitupun hasil daripada strategi pasukan yang bijak, juara dunia 2009 itu hanya mema- suki laluan pit sebanyak dua kali berbanding Hamilton empat kali.

"Ia adalah suatu perlumbaan yang rumit dan sekali lagi kami bernasib baik.

"Ia tidak hanya tentang kepantasan tetapi kebolehan membaca keadaan cuaca," kata pemandu Britain itu.


BUTTON (tengah) dan Hamilton (kiri) mencatat kemenangan 1-2 untuk pasukan McLaren pada GP China di Shanghai semalam.


Pada perlumbaan semalam, Button mencatat masa 1 jam 46:42.163 saat untuk melakar kejayaan di Litar Antarabangsa Shanghai, 1.530 di hadapan Hamilton.

Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg di tempat ketiga manakala bekas juara dunia dan pemandu Ferrari, Fernando Alonso serta Robert Kubica (Renault) masing-masing di tempat keempat serta kelima.

Rosberg dan Button memimpin perlumbaan selepas mereka mengambil keputusan untuk menggunakan tayar kering ketika semua pemandu lain menukar kepada tayar basah yang kemudiannya terpaksa menggunakan semula tayar kering.

Begitupun, Rosberg yang bermula di petak keempat hanya mampu memimpin perlumbaan sehingga pusingan ke-19 kerana mengalami masalah tayar.

Alonso yang bermula di petak ketiga berjaya meloloskan diri di kedudukan hadapan pada awal perlumbaan tetapi dia kemudiannya telah dikenakan penalti kerana melanggar lampu isyarat.

Selepas empat perlumbaan musim ini, Button memimpin kedudukan teratas dalam kategori pemandu selepas mengumpul 60 mata, 10 mata di hadapan Rosberg manakala Hamilton dan Alonso berkongsi di tempat ketiga (49 mata).

McLaren pula mengungguli kategori pengeluar dengan 109 mata diikuti Ferrari (90 mata), Mercedes (78 mata) dan Red Bull Racing (73 mata). - AP




0 comments: