Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, April 27, 2012

Lambakan Warga Asing Secara Tiba-tiba di Daerah Muar & Batu Pahat, Johor!

Sumber Beritasemasa

Mana pergi pekerja tempatan yang dahagakan pekerjaan terutamanya anak-anak muda? Itu persoalan pertama daripada kami. Selepas membaca & menilai berita ini semalam ada sesuatu yang kami kurang bersetuju dengan tindakan menteri yang seorang ini. 16,000 pekerja asing yang dibawa masuk  untuk tempoh 2 minggu sahaja, satu angka yag cukup besar. 


Di satu sisi lain, kita selalu bercerita tentang keperitan rakyat mencari pekerjaan di negara sendiri tetapi dalam pada masa yang sama kita terus-menerus membawa masuk ‘orang luar” mencari rezeki di negara kita. Ya…memang benar negara kita masih memerlukan khidmat pekerja asing dalam beberapa sektor industri ketika ini. Tetapi….biarlah ia diuruskan dengan terkawal.

MUAR: Kerajaan membenarkan kemasukan 16,000 pekerja asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor industri perabot di daerah Muar dan Batu Pahat, bulan lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah berkenaan bagi mengekalkan nilai eksport perabot Malaysia sebanyak RM7 bilion setahun supaya tidak terjejas ekoran kekurangan tenaga pekerja di sektor tersebut yang mendesak, kebelakangan ini.
“Kerajaan sedar 40 peratus nilai eksport perabot Malaysia disumbang daripada pengusaha-pengusaha perabot dari dua daerah ini. Langkah ini juga penting kerana negara kita menduduki tempat ke-10 pengeksport perabot dunia,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan makan malam MITI bersama Persatuan Perabot Muar, di sini.
Pengusaha kilang perabot di Muar dan Batu Pahat sebelum ini menghadapi masalah meneruskan perusahaan masing-masing apabila tempoh pekerja asing mereka tamat selepas lima tahun dan sukar untuk memperbaharui permit.
Mustapa berkata kerajaan sedar banyak syarikat perabot akan mengalami kerugian sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diatasi. Sehubungan itu, katanya, kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing dari Nepal, Indonesia, Bangladesh dan tempoh kelulusan permit pekerja berkenaan dipercepatkan kepada dua minggu berbanding sehingga setahun sebelum ini.
“Kelulusan yang cepat itu dibuat setelah masalah ini dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan kerajaan,” katanya. – BERNAMA
Adakah dengan membenarkan pekerja asing terus dibawa masuk ke Malaysia apabila timbul masalah kekurangan pekerja, boleh dianggap masalah telah pun selesai? Adakah ini penyelesaian terbaik dan sampai bilakah penyelesaian sebegini akan terus digunapakai? 

Kami berharap kerajaan janganlah terlalu dilihat tunduk kehendak pengusaha perabot untuk jangka masa pendek dengan cara mudah begini yang mana natijahnya akan datang bakal membawa kemudaratan kepada ekonomi negara :
  • Gaji golongan pekerja ditindas (meningkatkan kebergantungan kepada eksport)
  • Aliran wang keluar ke negara asal pekerja asing terus meningkat iaitu melibatkan para “expatriate” ini
  • Kerancakan ekonomi domestik melibatkan kakitangan swasta ini menjadi semakin menguncup akibat “multiplier effect” akaibat gaji yang ditekan oleh para majikan

Ini tidak bagus sebenarnya. 16,000 orang pekerja asing untuk buat perabot di 2 daerah sahaja? Satu angka yang cukup skeptikal berdasarkan pemerhatian kami. Pembuat perabot ini boleh masuk kategori apa dalam NKEA? Ataupun, adakah para pengusaha perabut di Muar + Batu Pahat ini ada terlibat mana-mana EPP yang diberi keutamaan? 

Ada sesiapa di sini yang boleh membantu kami menjawab persoalan di atas ini? Sehingga kerajaan melayan pembuat perabot sebegini rupa? 

Ada orang Muar di sini? Kehadiran pekerja asing yang optimum agak membantu dalam pertumbuhan ekonomi sesuatu tempat pada waktu sekarang. Tetapi….tetapi dengan lambakan pekerja asing memberikan 3 kesan yang berbeza kepada daerah Muar ketika ini :
  • Ada orang tempatan yang terpaksa meminta ihsan daripada rakan yang berkerja di ST Technology untuk bekerja di sana akibat lambakan pekerja Indonesia, Vietnam, Sri Lanka yang telah “berjaya” menguasai kilang Pioneer dan  ST Technology. Ejen-ejen mereka ini turut membantu mereka menempatkan di kondo-kondo untuk “dilonggokkan” mereka ini secara beramai-ramai untuk tinggal di sana
  • Akhirnya, yang menjadi mangsa Kondo Maharani yang terletak di kawasan bandar yang terus menjunam dan “jatuh terduduk nilainya” disebabkan kedatangan warga asing di sana. Kasihan dan simpati kami kepada pembeli kondominimum tersebut
  • Pada hujung minggu, menara jam menjadi “tempat perkelahan” warga asing secara tetap
Ini baru situasi di satu daerah Muar namanya. Bagaimana pula di tempat lain?

Rakyat berharap kedatangan pekerja asing terus dikurangkan tetapi hakikatnya pekerja asing terus diangkut ke Malaysia. Di satu sudut, kami berharap sangatlah jika dasar membawa masuk 16,000 pekerja asing ke 2 daerah berasingan ini tiada kaitan dengan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datanf apatah lagi prosesnya cukup pantas (dalam tempoh 2 minggu). Nauzubillah, minta dijauhkan…

0 comments: