Kota Bharu - Presiden Pas, Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang 
disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan
 kontroversi.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) 
Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja 
menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi 
kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja 
ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.
“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun 
tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing
 agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan 
sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.
“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,”
 katanya ketika berucap pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan 
Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, 
Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi 
Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik 
Abdullah.
Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat 
sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan
 dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi 
majlis terbabit membatalkan muzakarah itu.
“Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita 
(Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan 
TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan 
menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya 
arus perdana.
“Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang 
kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan 
menyerang hadi secara terang-terangan,” katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak 
pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang 
mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.
“Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani 
Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang 
menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.
“Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka 
beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali 
apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.
Monday, January 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment