Malaysia Chronicle
Apabila
 anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, anda
 perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan dengan gaya 
tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan berkekalan. Jika 
tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan berkemungkinan akan 
berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun kematian! Itu adalah 
perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia dimana musuh jangan 
dicari, dendam pasti dibalas 
Walaupun
 rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan namun ia tidak
 menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin Umno Tun Musa 
Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah menentang bekas 
ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa dari 
penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan si 
licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia selama 
22 tahun.
Kadang-kala,
 mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan sesorang yang juga 
punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga. Contoh yang paling 
jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan lain termasuk 
pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan 'mangsa' liwat 
palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain untuk 
menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan 
daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S 
Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk 
menyebarkan ‘pekung’ Anwar pada masa yang strategik, juga boleh 
diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful.
Terdapat
 juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng Hock dan 
Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan nyawa 
kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa siasatan
 rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sudah 
tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti Raja 
Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik’ mereka yang berkuasa dan 
terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan. Artis 
Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu 
Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf.
Maksud 
semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang mahal 
sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin Umno-BN, 
terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak akan 
berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan 
urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega.
Jadi 
bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan 
pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang 
bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani? 
Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia 
hukuman atau 'ganjaran'?
Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam
Mari 
kita mulakan dengan menganggap dakwaan Deepak terhadap ketua Wanita Umno
 Selangor Raja Ropiaah sebagai urusniaga biasa yang telah menemui 
kegagalan . Tetapi, , kenapa dia tidak hanya menyelesaikan masalahnya di
 mahkamah dan tanpa perlu menghebahkan skandal itu?
Mengapa 
Deepak menghebohkan dakwaan itu apabila perhimpunan agung UMNO sedang 
berlangsung dan kenapa dia seperti mahu berusaha untuk memastikan 
seluruh negara tahu tentang keluarga Najib yang mendapat wang yang 
banyak dengan membantu Ropiaah untuk mendapatkan kontrak Kementerian 
Pertahanan itu? Apakah faedah yang akan diperolehi oleh Deepak dengan 
mengheret Najib ke dalam persengketaannya dengan Ropiaah? Bukankah 
Deepak telah merumitkan lagi keadaan apabila membabitkan seorang yang 
berkuasa seperti penyandang jawatan Perdana Menteri semasa negara?
Banyak 
persoalan yang timbul di fikiran tetapi masih lagi tidak ketemu jawapan 
yang tepat. Kecuali jika Najib dan isterinya RosmahMansor merupakan 
sasaran utama Deepak pada mulanya. Jika benar, semua teka-teki akan 
terjawab dengan sempurna.
Konspirasi dalaman Umno untuk menjatuhkan Najib
Dia 
hanyalah seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi kawan akrab 
Rosmah Mansor. Siapalah Deepak untuk 'memeras ugut' Najib tanpa segan 
silu dan halangan? Deepak perlu berhati-hati dengan akibatnya. Bukan 
sahaja Beng Hock dan Ahmad Sarbani menjadi peringatan kepadanya, jangan 
lupa juga pada Altantuya! Ya, wanita jelita Mongolia yang telah ditembak
 dan diletupkan oleh bekas pengawal-pengawal peribadi Najib.
Bagi 
Najib pula, nampaknya dia amat terkejut. Jika Deepak telah memberi 
amaran terlebih dahulu, penyokong Najib mungkin akan cuba membayarnya 
untuk mengelakkan PM itu malu. Nampaknya, Najib tidak menjangkakan 
serangan hendap itu walaupun sekarang ada cakap-cakap dalam kem Najib 
bahawa RM160 juta wang dalam bentuk pinjaman ditawarkan bagi Deepak 
untuk 'menutup mulutnya'.
Mengapa 
Najib tidak bertindak untuk menangkap Deepak? Mengapa pemimpin-pemimpin 
Umno yang lain tidak mempertahankan presiden mereka dari tuduhan Deepak?
 Mengapa Deepak masih bebas dan berterusan membuat pendedahan?
Malah 
DAP telah membuat laporan polis terhadap Deepak kerana didakwa tidak 
bekerjasama memberi maklumat bahawa Najib telah terlibat dalam 
mendapatkan akuan berkanun untuk menerbalikkan akuan yang menceritakan 
pembunuhan Altantuya. Tetapi Umno dan BN hanya menutup mulut dan 
seolah-olah memekakkan telinga sahaja.
Ia 
kelihatan seperti Deepak BENAR-BENAR mempunyai sokongan yang kuat 
dibelakangnya terhadap 'pasangan pertama’, iaitu Najib dan Rosmah. 
Sekarang, bagaimana ini boleh berlaku?
Adakah Deepak didalangi Anwar dan PR?
Kita 
boleh menolak andaian bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat disebalik kisah 
ini kerana blogger Umno, Papagomo telah menyiarkan klip video yang 
kononnya menunjukkan Deepak membuat perjanjian dengan seorang yang rapat
 dengan Anwar. Mengapa? Kerana Papagomo telah juga kehilang kredibiliti 
dan sedang berhadapan dengan beberapa saman. Reputasi Papagoma telah 
musnah. Malah partinya membuangnya kecuali mereka yang sepertinya juga 
-tidak puas hati.
Juga, 
Papagomo sebenarnya mewakili 'pembangkang' dalam Umno. Ini merupakan 
panglima-panglima dan puak yang mahu menendang Najib keluar dari jawatan
 tertinggi Umno secepat mungkin. Jadi, sambil menuding jari pada Anwar, 
apa yang Papagomo sebenarnya telah lakukan adalah memberitahu semua 
rakyat di Malaysia bahawa bukan Anwar dan PR yang berada di belakang 
Deepak. Oleh itu, dalang-dalang yang berada di belakang Deepak merupakan
 orang-orang Umno sendiri.
Untuk 
tahu siapa dalang disebalik Deepak dalam Umno, kita mesti bertanya 
soalan ini – siapakah yang akan mendapat manfaat paling besar dalam Umno
 jika Najib dilucutkan dari kuasa? Jelas sekali, orang itu mestilah 
seseorang yang mengintai jawatan PM untuk dirinya sendiri – orang yang 
sedang menunggu untuk menjadi PM. Orang yang paling memenuhi kriteria 
ini sekarang adalah MuhyiddinYassin. Ya, dia sedikit lembap dan tidaklah
 begitu kreatif untuk berimaginasi atau berbakat tetapi Najib masih 
sedikit ok darinya. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Muhyiddin 
tidak mempunyai pengikut yang ramai. Dia adalah 'penyendiri' dengan 
sokongan yang amat sedikit dari akar umbi.
Yang 
membawa kepada persoalan yang seterusnya. Siapakah yang memberi idea 
untuk menggunakan Deepak? Apakah tujuan sebenar orang ini atau orang 
yang tidak diketahui ini? Adakah mereka benar-benar menyokong Muhyiddin 
atau adalah mereka hanya mahu bersembunyi di belakangnya untuk menyerang
 Najib dan kemudian apabila kerja telah siap, mereka juga akan bertindak
 untuk ‘menjatuhkan’ Muhyiddin?
Penyokong Musa Hassan dahulu dalangnya sekarang?
Terus 
terang, nama Mahathir adalah yang pertama muncul diminda sebagai tangan 
hitam yang paling berkemungkinan menyokong Deepak. Walaupun hubungan 
secara langsung tidak boleh dibuktikan, rakyat Malaysia boleh membuat 
kesimpulan yang 'logik' disini.
Ia juga 
Nampak ketara apabila Mahathir - yang suka memberi pendapatnya dalam apa
 jua isu walaupun selalunya dengan tanpa diminta – dengan misterinya 
memilih untuk kekal senyap setelah Deepak membuat pendedahan. Lagipun, 
jika anda rasa hormat dan menyokong seseorang - seperti Mahathir yang 
menyatakan sokongan terhadap Najib – dia pasti akan sakit hati dan marah
 atas tuduhan Deepak.
Jika 
anda sayang akan UMNO, anda cuba mempertahankan UMNO dengan apa jua 
cara. Tetapi mengapa apabila pembabitan Najib dalam kes Ropiaah 
didedahkan di khalayak ramai, tiada siapa dalam Umno yang mahu 
mempertahankannya? Begitu juga dengan tuduhan Deepak yang melibatkan 
skandal Scorpene-Altantuya - tiada siapa kecuali ahli kumpulan Najib 
sendiri yang mempertahankannya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya 
hanya mendiamkan diri.
Dan 
bukan hanya itu, Musa Hassan bekas KPN juga seperti turut membantu 
menambah garam ke luka Najib. Musa mengejutkan negara dengan mendedahkan
 bahawa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu
 Najib yang paling dipercayai, sering campur tangan dalam kerja-kerja 
polis.
Tidak 
dinafikan, terdapat usaha bersepadu untuk memusnahkan Najib oleh 
musuh-musuhnya dalam Umno. Dan logiknya, orang yang akan mendapat 
manfaat yang paling besar jika Najib dilucutkan dari kuasa sedang adalah
 Muhyiddin dan mereka yang menggunakan Muhyiddin untuk mencapai matlamat
 mereka sendiri.
Sharizat lebih mendapat simpati dari Najib
Berbekalkan
 22 tahun pemerintahan, tidak mustahil jika Mahathir tidak pernah campur
 tangan dalam kerja polis. Atau bukankah ia lebih berkemungkinan bahawa 
bagi setiap kes apabila Hisham menyalahgunakan kuasanya, Mahathir akan 
pernah melakukan perkara yang sama sekurang-kurangnya 3 kali lebih 
kerap.
Jika 
mereka dapat melakukan apa yang mereka suka, ramai pemimpin UMNO akan 
mengatakan bahawa mereka tidak mahu Najib terus menjadi presiden mereka 
kerana Najib membawa terlalu banyak 'bagasi' dan skandal.
Terlalu 
banyak usaha, sumber dan masa yang telah dibelanjakan untuk membuat 
Najib kelihatan baik, tetapi semua usaha itu telah masuk ke dalam 
longkang. Statistik terkini terhadap popularitinya telah hanya 
menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, yang merupakan satu 
penghinaan besar terhadap UMNO dan satu petanda bahawa kehancuran boleh 
dijangkakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Serangan hendap ala gerila Dr M terhadap Najib dan Rosmah
Malah, 
mengapa Mahathir, Muhyiddin, Ku Li, Nazri Aziz, Isa Samad, RaisYatim, 
Ali Rustam, Khairy Jamaluddin seperti buat tak tahu dan tidak berkata 
apa-apa untuk mempertahankan Najib daripada tuduhan Deepak? Bagaimana 
mereka boleh mengaku setia kepada PM tetapi menutup mata apabila dia 
dituduh membunuh dan merampas kekayaan negara.
Mungkin 
petunjuknya terletak pada kata-kata Mahathir yang sering 
diulang-ulangnya iaitu ketidakserasiannya dengan Badawi menyumbang 
kepada UMNO yang berpecah belah, dan membawa kepada prestasi hambar BN 
dalam pilihan raya umum ke-12. Untuk pilihan raya umum ke-13, Mahathir 
yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun lelaki 
berusia 87 tahun ini menyatakan secara terbuka sokongan kepada Najib dan
 mendakwa bahawa Najib telah melakukan yang terbaik, Mahathir sebenarnya
 sudah melancarkan serangan hendap ala 'gerila' terhadap pasangan 
pertama itu.
DIBUANG UMNO: Sendirian dan tergolek ke bawah tanpa brek
Oleh 
itu, adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO seperti
 yang kita boleh andaikan daripada pendedahan Deepak dan Musa. Dan oleh 
kerana begitu terkejut, tidak hairanlah Najib dan Rosmah tidak tahu 
bagaimana untuk bertindak balas hanya berdiam diri sahaja daripada cuba 
membersihkan nama mereka.
Deepak 
dan Musa - dua lelaki dengan watak yang sangat berbeza - menunjukkan 
sekali lagi bahawa Najib dan Rosmah kini buangan dalam UMNO. Pasangan 
itu adalah seperti kanser di dalam parti kerana ia cuba keras untuk 
mengekalkan cengkaman pada kerajaan persekutuan. Untuk UMNO, kanser 
Najib-Rosmah telah disahkan sebagai petanda buruk. Ia telah menjadi 
terlalu besar dan boleh mencekik UMNO sehingga mati.
Satu-satunya
 penyelesaian adalah untuk membuang tumor itu tidak lama lagi. 
Pembedahan utama yang diperlukan sudah diberikan. Persoalan sebenar 
ialah BILAKAH UMNO akan mengeluarkan Najib dan Rosmah di bilik 
pembedahan?
0 comments:
Post a Comment