
Badaruddin Ismail, bekas pegawai cawangan khas Bukit Aman yang menyoal 
bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah (JPN), Ramli Kamarudin semasa 
siasatan Ops Durian Buruk, mendakwa Ramli telah mengaku bertindak sendiri.
Ini
 bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Ramli - yang dianggap sebagai
 penggerak utamanya -  kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai
 pendatang haran di Sabah pada sesi pertama pada 16 Januari lalu.
Badaruddin,
 yang kini bertugas dengan cawangan Khas di Kelantan, mendakwa Ramli - 
semasa disoal ketika dalam tahanan - berkata tindakannya adalah untuk 
mendapat keuntungan kewangan.
Badaruddin memberitahu siasatan RCI
 di Kota Kinabalu hari ini bahawa Ramli dan dan orang-orangnya 
mengeluarkan kira-kira 16,000 resit kad pengenalan.
Menurut Badruddin lagi, setiap satu daripadanya bernilai RM250, jadi mereka mendapat lebih daripada satu juta ringgit.
Resit
 kad pengenalan itu adalah satu dokumen sementara yang diberi sebelum 
pengeluaran kad pengenalan biru, tetapi diterima oleh Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR) sebagai pengenalan untuk layak mengundi.
Ops Durian Buruk
 didakwa melibatkan pegawai JPN yang mengeluarkan resit kad pengenalan 
menggunakan butiran pengundi dalam daftar pemilih yang telah meninggal 
dunia atau tidak pernah mengundi sebelumnya.
Ini telah mewujudkan pengundi 'hantu', di mana pendatang mengundi 
bagi pihak rakyat tulen.
Ramli,
 ketika memberi keterangan, mendakwa dia hanya memulakan operasi itu 
selepas menerima arahan daripada Timbalan Menteri ketika itu, Tan Sri 
Megat Junid Megat Ayub (kiri) menjelang pilihan raya negeri pada 1994.
Menjawab
 soalan pegawai pengendali siasatan RCI itu, Manoj Kurup, Badaruddin 
menjawab, apabila beliau menyoal Ramli, bekas pengarah JPN itu berkata 
tiada siapa yang memberinya arahan, ia adalah untuk kepentingan 
peribadinya. 
Wednesday, January 30, 2013
Sabah RCI: Keterangan saksi bercanggah
Posted by Suhaimi at 10:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment