Sumber Beritasemasa
 Garis Panduan Penyediaan Banner
Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat 
menjadi kerajaan, “hukumnya” akan menjadi persamaan seperti di bawah ini
 :“Parti = Kerajaan = Negara”
Dan inilah yang akan berlaku pada 
kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di 
negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan 
persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain? 
Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah 
yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional 
ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan.
Dan banner untuk majlis penyerahan 
bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah 
berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah 
seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri 
(JPM)
Di dalam ucapan pemimpin Barisan 
Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini 
nanti, mungkin akan ada sedikit “nasihat”, “amanat” dan “peringatan” 
untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput 
hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir
 di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat 
hampir.
Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor
P/S : Selepas selesai majlis penyerahan 
bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula 
selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? 
Mungkin?
PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua?






0 comments:
Post a Comment