Sumber Beritasemasa
Bubar Parlimen 2013 : 
Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi yang mana selepas 
daripada itu sehingga 28 April 2013 (mandat Datuk Seri Najib & 
kerajaan sekarang tamat), tiada lagi perayaan besar dalam tempoh 
tersebut. Dan sedang elok untuk diadakan PRU ke 13. Bahang pilihanraya 
umum sudah dirasai dan mula memasuki pusingan akhir sebelum semboyan 
dimainkan.
Dengan mengambil kira perkara di bawah ini, tarikh bubar parlimen 2013 dan tarikh penting untuk rakyat Malaysia menentukan halatuju negara untuk 5 tahun yang akan datang telah mula dipertimbangkan :
- Sesetengah ibubapa dan pelajar sekolah “beratur panjang” bagi mendapatkan bantuan RM100 yang sedang rancak diagihkan ketika ini (Seperti DI SINI)
 - Rebat telefon pintar masih terus berjalan
 - Pemberian BR1M yang akan bermula dijangka awal bulan Februari 2013 (Tarikhnya DI SINI)
 - Dan…cuti sekolah Mac 2013 ini
 - Hari terakhir untuk bubar Parlimen ialah 28 April 2013
 - Penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac 2013
 
Bubar Parlimen 2013 : Tarikh-tarikh Penting
Berdasarkan maklumat yang tersebar ketika ini, dan kami rasa ada yang sudah sedia maklum dan ianya bukan sekadar cakap-cakap yang berlegar di kedai kopi sahaja. Beberapa tarikh-tarikh penting berkenaan Pilihanraya Umum telah pun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan :
- Bubar parlimen : 22 Februari 2013 (Jumaat)
 - Penamaan calon : 16 Mac 2013 (Sabtu)
 - Hari mengundi Piliahnraya Umum ke 13 : 30 Mac 2013 (Sabtu)
 
Jadi mana-mana yang ada program-program 
penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula 
daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula 
menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi 
sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.
Walauapapun, kami tidak kisah “apa 
warna” idelogi politik anda, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan 
Rakyat. Yang penting bagi kami, tidak kira anda pengundi lama ataupun 
pengundi yang baru, ramai-ramai jalankan tanggungjawab anda kepada masa 
depan negara.
Ada yang mengatakan, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekaligus memimpin 
kemenangan Pakatan Rakyat apabila ramai yang melihat dan memerhatikan 
daripada jauh rentak sokongan dan populariti kajian Pusat Kajian 
Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)..
Najib Razak & Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..
Pendapat kami pula mengatakan, dalam politik ini sebenarnya boleh disamakan situasinya seperti “untuk tempoh satu minggu sahaja merupakan satu perjalanan yang sangat jauh dan panjang“.
 Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut. Oleh itu, ya 
kajian UMCEDEL adalah satu kajian, tetapi kajian di atas tidak 
mempengaruhi “mood sebenar” pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang 
akan datang secara keseluruhannya. Mood penguni boleh berubah dalam 
sekelip mata
- Mungkin Barisan Nasional akan merasai buat pertama kali selepas 50 tahun, bergelar pembangkang di Malaysia @
 - Anwar Ibrahim akan bersara terus daripada politik negara dan bergelar pensyarah contohnya dek kerana kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Seperti yang Anwar Ibrahim pernah katakan (DI SINI)
 
Macam-macam boleh berlaku. Seperti mana yang berlaku ketika zaman Tun Abdulllah Ahmad Badawi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, di mana mendapat kajian populariti yang agak tinggi.
 Tetapi hakikanya di lapangan padang yang sebenar semasa PRU ke 12, apa 
yang berlaku? Bagi kami sokongan populariti yang diwarwarkan sekarang 
samada mendahulu ataupun terus meningkat naik bukanlah satu “kayu ukur” 
yang sebenar. Tetapi yang bertitik tolak kepada pendirian, dan harapan 
anda semasa hari pengundian kelak?
P/S : Andakah sudah bersedia menghadapi 
saat-saat bubar parlimen 2013 tidak lama lagi? Sudah ada pilihan calon 
ahli politik mana dan parti politik mana yang bakal jadi pilihan anda?
PP/S : Belumpun belum lagi bubar parlimen 2013, kempen pilihanraya sedang rancak dijalankan ketika ini…







0 comments:
Post a Comment