
Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di 
Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab 
apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang 
akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.
Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, 
Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada 
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat 
berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.
“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat 
bagi mengkaji isu ini.“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita 
mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 
100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, 
iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” 
katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, 
hari ini.
Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang 
berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan 
minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- 
undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.
“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia 
akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua 
instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini 
tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.
Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.
“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.
Thursday, January 24, 2013
Rizab minyak didaratan : Pusat dan Petronas bakal melopong
Posted by Suhaimi at 10:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment