
Kerajaan
 Negeri Selangor menyelar kecuaian Syarikat Bekalan Air  Selangor  
(Syabas ) dalam menyelenggarakan rumah pam Wangsamaju sehingga  
menyebabkan gangguan  air sekitar Ampang, Pandan, Jalan semarak , Ukay  
Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Dari siasatan pihak kerajaan, kesemua 5 unit pam air rosak di rumah pam termasuk  2 unit 'standby pump' turut rosak.
Keraguan bagaimana  2 unit  'standby pump' yang jarang-jarang diguna turut tidak berfungsi?
Ini jelas menunjukkan  kecuaian pihak Syabas dalam menyelenggara secara berkala  peralatan di bawah kendaliannya.Kecuaian Syabas ini mrnyebabkan kepayahan kehidupan harian lebih 60 ribu penduduk kawasan terlibat.
Sekiranya
 Syabas tidak mampu menyelenggarakan rumah pam tersebut,  kerajaan 
negeri tiada masalah melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  untuk 
mengendalikan rumah pam tersebut.Kerajaan menganggap kelalaian Syabas merupakan 'pure negligence and criminal in nature'.
Ini merupakan tindakan sabotaj Syabas  bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor
Syabas
 tidak harus terus memeras ugut  rakyat dengan 'mereka cipta'  berbagai 
taktik  bagi mengujudkan isu kekurangan air di negeri Selangor
Ini
 adalah antara sebab mengapa kerajaan Selangor mahu menyegerakan  proses
 pengambilan industri air dari syarikat konsesi air kerana  Kerajaan 
sedar bahawa syarikat konsesi air seperti Syabas tidak mampu  
membekalkan air kepada rakyat.
Syabas berpaksi semata-mata atas 
keuntungan  dengan menaikkan tariff  air dari masa ke semasa tanpa 
mengambil perduli kepentingan rakyat  teramai.
Oleh YB Dr Xavier Jayakumar
*YB Dr Xavier Jayakumar ialah Exco Kerajaan Negeri  Selangor
    
    
Thursday, January 3, 2013
Syabas cuai dan tidak bertanggungjawab
Posted by Suhaimi at 11:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment