
1. Penduduk Syam sentiasa berada di atas al-haqq yang dominan hingga datang kiamat.
"Sebahagian umatku 
ada yang selalu melaksanakan perintah Allah, tak terpengaruh orang yang 
menggembosi dan tidak pula orang yang bertentangan sehingga datang 
keputusan Allah, dan mereka sentiasa dalam keadaan demikian. Mu'adz 
berkata: dan mereka ada di Syam. "(HR.Bukhari)
 "Jika penduduk Syam 
rosak agamanya maka tak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan sentiasa
 ada satu kelompok dari umatku yang dimenangi oleh Allah, tak 
terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak pula orang yang 
bertentangan sehingga datang hari Kiamat
Doa Nabi saw meminta 
barokah untuk negara Syam, dan harapan Nabi saw agar penduduknya 
dihindarkan daripada keburukan dan musibah.
Ya Allah, berilah kami barakah pada negara Syam, ya Allah berilah kami barakah pada negara Yaman. Para sahabat bertanya: termasuk Nejed? Rasulullah berdoa: Ya Allah berilah kami barakah pada negara Syam,
 ya Allah berilah kami barakah pada negeri Yaman. Para sahabat masih 
bertanya: termasuk Nejed? Rasulullah saw menjawab: Di sana (Nejed) 
terjadi gempa dan huru-hara, dan di sana muncul dua tanduk syaitan. (HR.
 Bukhari)
Nota: yang dimaksudkan dengan Nejed dalam hadis ini adalah Iraq.
2. Penduduk Syam diuji oleh Allah dengan penyakit taun agar mendapat syahadah dan rohmat.
"Jibril datang 
kepadaku dengan membawa demam dan wabak, aku menahan demam di Madinah 
dan aku lepaskan penyakit taun untuk negera Syam, kerana meninggal 
kerana penyakit taun merupakan mati syahid bagi umatku, rahmat bagi 
mereka, sekaligus kehinaan bagi kaum kafir." (HR. Imam Ahmad)
3. Negara Syam dinaungi sayap malaikat rahmat
"Beruntunglah negera 
Syam. Sahabat bertanya: mengapa? Jawab Nabi saw: Malaikat rahmat 
membentangkan sayapnya di atas negera Syam. "(HR. Imam Ahmad)
4. Syam adalah negera iman dan Islam apabila berlaku huru-hara dan peperangan dahsyat.
"Aku bermimpi melihat
 tiang kitab (Islam) ditarik dari bawah bantalku, aku ikuti pandanganku,
 ternyata ia adalah cahaya sangat terang hingga aku mengira akan 
mencabut penglihatanku, lalu diarahkan tiang cahaya itu ke Syam, dan aku
 lihat bahawa bila fitnah (konflik) berlaku maka iman terletak di negera
 Syam. "
6. Syam merupakan pusat negara Islam di akhir zaman
"Salamah bin Nufail 
berkata: aku datang menemui Nabi saw dan berkata: aku bosan merawat kuda
 perang, aku meletakkan senjataku dan perang telah ditinggalkan para 
pengusungnya, tidak ada lagi perang. 
Nabi saw menjawab: 
Sekarang telah tiba saat berperang, akan sentiasa ada satu kelompok di 
tengah umatku yang unggul melawan musuh-musuhnya, Allah sesatkan 
hati-hati banyak kalangan untuk kemudian kelompok tersebut memerangi 
mereka, dan Allah akan memberi rezeki dari mereka (berupa ghanimah) 
sehingga datang keputusan Allah (Kiamat) dan mereka akan selalu demikian
 adanya. Ketahuilah, pusat negeri Islam adalah Syam. Kuda perang 
dipasang tali kekang di kepalanya (siap perang), dan itu membawa 
kebaikan hingga datangnya kiamat. "(Riwayat Imam Ahmad)
7. Syam merupakan benteng umat Islam apabila berlakunya malhamah kubro (perang dahsyat akhir zaman)
"Auf bin Malik al-Asyja'iy berkata: Aku menemui Nabi saw lalu aku ucapkan salam. Nabi saw: Auf? Aku: Ya, benar. Nabi saw: Masuklah. Aku: Semua atau aku sendiri? Nabi saw: Masuklah semua. Nabi
 saw: Wahai Auf, hitung ada enam tanda Kiamat. Pertama, kematianku. Aku:
 Kalimat Nabi saw ini membuatku menangis sehingga Nabi saw membujukku 
untuk diam. Aku lalu menghitung: satu. Nabi saw: Penaklukan Baitul 
Maqdis. Aku: Dua. Nabi saw: Kematian yang akan meragut umatku dengan 
cepat seperti wabak kematian kambing. Aku: Tiga. Nabi saw: Konflik 
dahsyat yang menimpa umatku. Aku: Empat. Nabi saw: Harta membumbung 
tinggi nilainya sehingga seseorang diberi 100 dinar masih belum puas. 
Aku: Lima. Nabi saw: Terjadi gencatan senjata antara kalian dengan Bani 
Ashfar (bangsa perang), lalu mereka menyokong kalian dengan 80 
destinasi. Aku: Apa maksud tujuan? Nabi saw: Maksudnya panji. Pada tiap 
panji terdisi dari 12,000 tentera. Benteng umat Islam ketika itu di 
kawasan yang disebut Ghouthoh, kawasan sekitar bandar Damsyik. "(HR. 
Imam Ahmad)
Nota: Daerah bernama Ghauthah masih ada hingga kini, tidak berubah namanya dan kedudukan berhampiran Damsyik.
8. Pasukan terbaik akhir zaman ada di Syam dan Allah menjamin kemenangan mereka.
"Pada akhirnya umat 
Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di
 Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai 
Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah 
kamu memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah 
kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tidak boleh hendaklah 
kamu memilih Yaman dan berilah minum (binatang kamu) dari kolam-kolam 
(di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negera Syam dan 
penduduknya. "(HR. Imam Ahmad)
9. Kematian Dajjal terjadi di Syam
"Al-Masih Dajjal akan
 datang dari arah timur, dia menuju Madinah, sehingga berada di balik 
Uhud, dia disambut oleh malaikat maka malaikat membelokkan arahnya ke 
Syam, di sana dia dibinasakan, di sana akan binasa." (HR. Imam Ahmad)
"Dajjal akan keluar 
di tengah Yahudi Asfahan hingga mencapai Madinah, dia singgah di 
sempadannya, saat itu Madinah mempunyai 7 pintu pada tiap pintu dijaga 
oleh 2 malaikat, maka penduduk Madinah yang jahat bergabung dengan 
Dajjal hingga apabila mereka mencapai pintu Ludd, Isa as turun lalu 
membunuhnya dan sesudah itu Isa as hidup di dunia 40 tahun sebagai 
pemimpin yang adil dan hakim yang bijak. "(HR. Imam Ahmad)
10. Syam adalah negeri titik temu dan titik tolak
"Kamu akan 
dikumpulkan di sana - tangannya menunjuk ke Syam - jalan kaki atau naik 
kenderaan mahupun berjalan terbalik (kepala di bawah) ..." (HR. Imam 
Ahmad)
"Maimunah bertanya 
kepada Nabi saw: Wahai Nabi Allah, jelaskan kepada kami tentang Baitul 
Maqdis. Maka Nabi saw menjawab: Dia adalah negera titik bertolak dan 
titik berkumpul, datanglah ke sana dan solatlah di sana, kerana solat di
 sana bersamaan 1000 kali solat di tempat lain. "(HR. Ahmad)
0 comments:
Post a Comment