Wanita
berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur
setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan
pegawai penguat kuasa Jaij
BATU PAHAT
– Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya
dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya
dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak
hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan
Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat
dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam
2 pagi semalam.
Timbalan
Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah
berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak
berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita
terbabit.
Katanya,
semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku
bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki
berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami
berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan
dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti
yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu
licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen
berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali,
akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam
kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami
difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita
terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful
berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit
diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak
kesalahan dilakukan.
Beliau
berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut
Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan
siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa
oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya
harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan
terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika
wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan
suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,”
katanya.
0 comments:
Post a Comment