Sumber Beritasemasa
  
Isu JMF Johor
 : Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan 
persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan 
kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan
 di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat “tentera swasta”
 merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force 
JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin 
untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..
Pasukan bola sepak Angkatan Tentara 
Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF 
pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan 
bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi?
Nampaknya, kelihatan apabila melibatkan 
“tugas luar”, mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa
 berikan mereka kebenaran untuk menggunakannya semasa mereka ini 
dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan
 tahu jawapannya……
Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja 
Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada 
di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
- memiliki senjata tanpa permit
 - membawa senjata tanpa permit/kebenaran
 - memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran apatah lagi dilihat beruniform lengkap dan bersenjata
 
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai 
kuasa untuk membuat undang-undang melarang “tentera swasta” ini (merujuk
 kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.
JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan. Jadi timbul 3 persoalan kami di sini…
- Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini?
 - Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata?
 - Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
 
Mengapa masuk negeri orang dengan cara 
yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma 
dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen 
atau….
Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan
Isu ini perlu dipandang serius & 
keselamatan orang awam. Kami tidak mempersoalkan andaikata ia berlaku di
 dalam jajahan takluk negeri Johor sepertimana termaktub dalam undang2 
tubuh negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ia berlaku 
jaaa…….uh dari negeri Johor. Ke mana perginya anggota keselamatan kita 
sehinggakan pelrunya pengawal keselamatan bersenjata Johor berkawal di 
stadium?
Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja.
 Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. 
Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) 
adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi 
hormatilah!
P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan 
hitam putih tentang perkara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan 
& undang-undang.








0 comments:
Post a Comment