Kontraktor pengangkutan kepada syarikat 
Petronas Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia 
(SAMM) perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan 
syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa 
milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus 
kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat 
bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.
Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM, Chegu 
Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat 
kontraktor lori lain tidak diberikan ‘trip’ perjalanan tanpa notis awal 
dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.
Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 
Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.
“Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini 
memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang 
dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 
‘trip’ mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.
“Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan 
sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke
 RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos 
berkaitan.
“Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB 
hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung 
tikar,” menurut kandungan surat itu.
Menurut Chegu Bard, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan 
beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala 
Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.
Chegu Bard ketika mengulas isu sama berkata kontraktor terlibat yang 
beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak
 PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil 
sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.
“STSB ini naik dengan cepat sekali, sekali dari cuma beberapa buah lori 
kini dikatakan sudah memiliki 80 buah lori sehingga STSB disenaraikan 
sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara,” ujar beliau
 kepada TV Selangor.
Menurut beliau dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko
 bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu yang tidak 
diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.
“Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua
 ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB 
bergantung kepada satu syarikat sahaja.
“Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan 
berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa 
sektor dalam negara pasti lumpuh,” katanya lagi.
STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat 
kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat 
berkepentingan kerajaan lagi.
Chegu Bard yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, 
bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja 
Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.-Kelab GB
Wednesday, January 30, 2013
SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?
Posted by Suhaimi at 10:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment