Sumber Beritasemasa
Isu Kalimah Allah di Selangor
 : Mengikut sejarah yang telah tertulis. Negara Malaysia sudah merdeka 
sejak lebih 50 tahun lamanya. Manakala Sabah dan Sarawak sudah berada 
dalam persekutuan Malaysia selama tempoh 40 tahun. Masyarakat Kristian 
di Sabah & Sarawak yang tidak pandai dan mahir bahasa Inggeris 
didakwahkan dalam bahasa Melayu. Jauh lebih lama berbanding kalangan 
yang menggunakan kitab bible dari Indonesia yang telah menggunakan nama 
Allah. Tiada….
“Tiada Masalah, Tiada Isu Kalimah Allah yang timbul”
Setiap penerbitan perlu mendapatkan 
permit kebenaran Kementerian Dalam Negeri. Hakikat sebelum ini, Bible 
Melayu, suratkhabar untuk pengedaran orang Kristian perlu dapatkan 
kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN). Maknanya ada pengawasan. 
Akhbar dan Bible mereka tidak boleh berbuat sesuka hati. Sentiasa akan 
dipantau daripada masa ke semasa.
“Tiada Masalah, Tiada Isu”
Isu Kalimah Allah : Bila Timbul Isu?
Bila agaknya mula menjadi isu? Apabila persatuan Kristian dilihat menyokong perjuangan BERSIH (KLIK SINI).
 Sejak itu Kementerian Dalam negeri (KDN) “mula bangkit” dan buat hal. 
Herald tidak diberikan permit, kitab Bible dalam bahasa Melayu ditahan 
di pelabuhan atas alasan mereka menggunakan kalimah Allah. Dan 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menimbulkan alasan tidak 
bersandarkan nas, bersandar emosi dan sentimen semata yang mana Allah 
untuk orang Islam.

Sememangnya semenjak merdeka hingga beberapa tahun lepas, pihak gereja tidak ambil pusing mengenai politik di Malaysia. Allah digunapakai oleh masyarakat Kristian yang didakwahkan dalam Bahasa Melayu tanpa sebarang masalah. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri membenarkannya selama ini dan tidak buat “kacau”
Bukan kami untuk memberikan kebenaran 
samada boleh atau tidak, kalimah Allah ini dibenarkan. Ramai lagi pakar 
agama dan ilmu tokoh agama yang berhak memberikan ulasan daripada sudut 
nas di Malaysia. Tetapi…..tetapi yang masalahnya sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan. Apabila pihak gereja mula sahaja dilihat cenderung kepada aspirasi pembangkang, tiba-tiba sahaja Allah adalah hak ekslusif. Begitulah agama dipolitikkan sekarang ini di Malaysia

Sebenarnya isu ini sudah reda seketika, tiba-tiba Lim Guan Eng tampil ibarat seorang pejuang untuk kembali menghangatkan kembali keadaan dengan menuntut semua penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. (KLIK SINI UNTUK BUTIRANNYA)
Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat pun sebulat suara bersetuju dan sehaluan dengan pendapat Lim Guan Eng.
Kalimah Allah di Selangor Diharamkan Untuk Kristian
Akhirnya atas perintah Diraja, Sultan 
Selangor mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, 
khusus di negeri Selangor. Menteri Besar Selangor akur dengan perintah 
Sultan Selangor.
Terkini Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri 
Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan
 kalimah “Allah” termasuk lagu negeri Selangor terpaksa ditukar dengan 
keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang
 bukan Islam sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang 
dikeluarkan oleh Sultan Selangor.
Nampaknya pandangan Dr. Asri kali ini 
lebih vokal. Kata beliau, Malaysia didominasi Islam mempunyai 13 buah 
negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi 
perkataan “Allah” di dalam liriknya.
Lagu kebangsaan, “Negaraku”, tidak 
mengandungi perkataan Arab “Allah” tetapi menggunakan perkataan Melayu, 
“Tuhan”. Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama 
persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan 
secara bebas.
Tidak bolehkah untuk isu agama ini, pemimpin
 Kristian & tokoh agama Islam dan juga pelbagai pihak termasuk 
pemimpin politik baik daripada Pakatan rakyat mahupun Barisan Nasional 
duduk di bawah “satu payung” untuk bertemu dan berbincang. 
Ketepikan sebentar fahaman & ideologi politik masing-maisng. 
Buangkan sikap ego. Sebenarnya isu kalimah Allah ini boleh dislesaikan 
dengan mudah, tetapi entahlah “ramai pihak” suka melihat isu ini menjadi
 bertambah “kronik” & “panas”
P/S : Realiti di Malaysia, masyarakat 
kita mudah “keliru” dan melatah. Jadi, harapan kami selesaikan isu yang 
ada satu persatu terlebih dahulu.
P/S : Masalah lain tak selesai lagi, datang pula isu lain….Apa respon balas anda pula?



0 comments:
Post a Comment