Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak 
Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpuas hati dan ingin mengalu-alukan 
kejayaan perhimpunan aman ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ yang diadakan di
 Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, semalam.
“Kejayaan
 ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sifat keikhlasan dan tolak 
ansur di kalangan parti yang berkenaan, hak demokratik berhimpun secara 
aman boleh dilaksanakan dalam negara ini dan bukannya seperti mana yang 
diragui oleh skeptis,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. 
Tambahnya,
 Suhakam memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh pihak polis, 
penganjur dan peserta dalam mengendalikan perhimpunan itu yang mana 
mencerminkan imej yang baik terhadap negara.
Suhakam, ujarnya 
dalam kenyataan semalam turut memuji pemimpin atasan polis atas 
kecerdasan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani keadaan berkenaan 
perhimpunan.
Menurutnya, Suhakam juga berbesar hati dengan 
kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak polis dan penganjur 
perhimpunan dalam usaha mengawal keadaan perhimpunan dan persuraian 
peserta untuk mengelakkan sebarang kejadian dan penahanan yang tidak 
diingini.
“Menyedari akan perhimpunan tersebut telah 
menggambarkan bahawa perhimpunan aman boleh direalisasikan menerusi 
penglibatan terbuka di antara pihak penguatkuasa, penganjur dan peserta 
perhimpunan, Suruhanjaya berharap bahawa usaha positif ini akan terus 
meningkatkan persefahaman di antara semua pihak yang terlibat terhadap 
peranan masing-masing dalam memastikan pengendalian perhimpunan yang 
aman seterusnya memberi kelonggaran kepada sekatan yang sedia ada,” 
katanya lagi.
Jelasnya,
 dalam melaksanakan peranannya sebagai badan pemantau yang bebas, 
Suruhanjaya telah menggerakkan pasukan pemantaunya untuk memerhatikan 
keadaan perhimpunan di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur dan Kota 
Kinabalu.
“Ia akan meneruskan peranan penting ini disamping 
menjalankan siasatan mengenai sebarang pelanggaran hak asasi manusia 
yang dikemukakan kepadanya,” katanya.
Sumber: Harakahdaily
Monday, January 14, 2013
Suhakam puas hati kejayaan himpunan KL112
Posted by Suhaimi at 11:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment