ZULKIFLI YAHAYA
Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.
Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.
Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa.
Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.
Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).
Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.
Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.
Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.
Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi yang memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang di"swapping" cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.
Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.
Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.
Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?
Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah.
Maksudnya begini: Apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk "swapping", asalkan keluasannya sama.
Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang di"swapping".
Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.
Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau bertanding di Dun Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.
Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah menjadi tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah tempang.
Friday, May 31, 2013
Belum sebulan perintah Kedah ...
Posted by Suhaimi at 8:46 AM 0 comments
Thursday, May 30, 2013
Turun Harga Kereta: "AKU JANJI" Dah Bertukar Jadi "AKU KAJI"
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.
Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.
“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.
Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.
“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.
Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.
“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:32 AM 0 comments
Wednesday, May 29, 2013
Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
Posted by Suhaimi at 8:21 AM 0 comments
Kementerian Rancang Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih
PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini Isnin.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
"Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing.- BERNAMA
Posted by Suhaimi at 8:15 AM 0 comments
Monday, May 27, 2013
Saiful Bukhari dan Nik Suryani selamat diijabkabul
Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.
Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah, namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri.
Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.
Dengan sekali lafaz, Mohd Saiful sah menjadi suami Nik Suryani dan majlis akad nikah pengantin baharu itu disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nik Suryani, Megat Deraman Megat Stan pada kira-kira jam 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.
Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.
Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu.
"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.
Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.
Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.
"Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.
Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada 8 malam ini pada majlis resepsi pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun.- Bernama
Posted by Suhaimi at 7:38 AM 0 comments
Rupanya Individu Hina Sultan T'ganu Penyokong Tegar Umno
Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.
Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno.
Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… ~lagi.my
Baca pendedahan selanjutnya di SINI.
Posted by Suhaimi at 7:28 AM 0 comments
Friday, May 24, 2013
Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini
1.Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah: ada 2 makna:-
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Wallahu'alam.
Posted by Suhaimi at 1:34 PM 0 comments
SPR Berdiam Diri Cetus Reaksi Rakyat
"KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.
“SPR lah yang mengundangkan hura-hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.
Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.
Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.
“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.
“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.
Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.
“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.
“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.
Posted by Suhaimi at 1:24 PM 0 comments
Anak Samy Vellu Kutuk Keras Penangkapan Keatas Tian Chua, Haris Ibrahim Dan Tamrin
"ANAK SAMY VELLU KUTUK KERAS PENANGKAPAN KEATAS TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DAN TAMRIN TUN GHAFAR DIBAWAH AKTA HASUTAN SEDANGKAN PEMIMPIN PERKASA DAN UTUSAN BEBAS UNTUK LAKUKAN APA SAJA TANPA SEBARANG TINDAKAN!!!!
Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.
Anak DS Samy Vellu, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.
Ketiga-tiga mereka telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.
Vell Paari berkata tangkapan akan menyemarakkan kemarahan orang ramai dan rakyat kepada pihak berkuasa dan persepsi akan terbentuk dan akan dilihat sebagai mengamalkan double standard apabila ia datang untuk menguatkuasakan Akta Hasutan.
"Walaupun orang-orang seperti [pemimpin Perkasa] Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin dan ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah dibenarkan untuk berkeliaran bebas walaupun membuat kenyataan pembakar tentang bangsa dan agama, tokoh-tokoh pembangkang bagaimanapun dengan pantas diheret dan di cekup..
"Malah,muka depan Utusan Malaysia selepas pilihan raya umum, yang memaparkan kisah 'Apa Lagi Cina Mahu? , suatu yang menjerit hasutan tetapi pemimpin-pemimpin kita memilih untuk mempertahankan penerbitan, "kata pengarah strategi MIC.
Vell Paari berkata, perkembangan ini tidak memberikan petanda yang baik bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Posted by Suhaimi at 1:20 PM 0 comments
Jam tawaf makin popular
|
Teguran tersebut penulis terima dengan iringan tawa daripada rakan yang mengerling ke arah jam dipakai pada tangan penulis.
Apabila ditunjukkan dengan lebih dekat kepadanya, barulah rakan tersebut menyedari bahawa penulis memakai jam tawaf.
Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.
Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter.
“Pelanggan berpeluang memilih satu bentuk muka jam daripada 10 variasi yang ada selain memilih tali jam yang pelbagai warna.
“Terdapat dua pilihan saiz yang ditawarkan iaitu saiz biasa dan saiz nano yang lebih kecil,” katanya sambil memberitahu jam tawaf tersebut sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.
Jaminan
Tambahnya, pelanggan yang membeli jam tawaf tersebut diberikan jaminan selama setahun. Andai ada kerosakan atau kehabisan bateri dalam tempoh tersebut, pelanggan boleh menghubungi pihaknya untuk digantikan dengan jam baharu.
Selepas tempoh setahun, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 50 peratus daripada harga produk untuk mendapatkan jam gantian.
“Jika bateri habis, ia boleh diganti dengan bateri yang boleh didapati di kedai-kedai jam biasa. Namun, kalau masih dalam tempoh jaminan, hubungi sahaja pihak kami kerana anda tidak perlu membayarnya.
“Selain daripada jam tawaf jenis ini, Hijra Timepiece akan menampilkan jam tangan pasangan dan jam loceng dalam masa terdekat,” ujarnya ketika ditemui di Karnival Semarak Syariah yang berlangsung di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SETIAP jam didatangkan dalam bungkusan kotak yang kemas dan cantik.
Jualan
Katanya, jualan jam tawaf sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan merasakan ia sesuatu yang baharu walaupun ia sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu.
Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser.
“Penjualan jam tawaf ini dibuat secara dalam talian iaitu di Facebook, manakala orang ramai juga boleh mendapatkan secara terus apabila kami menyertai karnival.
“Jam yang dipesan secara dalam talian akan dihantar menggunakan pos laju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Para pelanggan akan mendapat jam mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya sambil memberitahu jam tersebut dijual pada harga RM110 secara dalam talian serta mendapat seutas tali jam percuma.
Mohd. Wieza memberitahu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan jam tawaf tersebut.
Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tawaf tersebut atau menjadi ejen boleh mengunjungi laman web www.facebook.com/HijraSelangor dan http://hijraselangor.blogspot.com. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 1:11 PM 0 comments
Tuesday, May 21, 2013
Malaysia Milik Rakyat Malaysia, Mengapa Polis Tak Tangkap Pemimpin UMNO Yang Rasis?
KUALA LUMPUR, 20 MEI: DAP mahu Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan mendesak agar pihak berkuasa bertegas menghentikan semua kenyataan dan tindakan pihak tertentu yang terus membakar sentimen perkauman.
Sentimen perkauman seolah-olah sengaja disemarakkan media kawalan UMNO hingga menjadi rentetan tuduhan emosional Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang melihat kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke-13 lalu sebagai ‘tsunami Cina’.
Selaras dengan gagasan 1Malaysia, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dalam kenyataannya meminta agar Perdana Menteri menunjukkan keikhlasan perjuangan beliau dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindak-tanduk yang boleh mengancam keharmonian negara.
“Perdana Menteri bercakap mengenai “perpaduan nasional” pada malam keputusan pilihan raya diumumkan tetapi apa yang kami saksikan sekarang ialah “perpaduan nasional yang semakin buruk” dan beliau sendiri seperti tidak mampu mengawalnya.
“Kami dapat lihat selepas itu bagaimana Utusan Malaysia menambah burukkan lagi keadaan dengan menyalahkan masyarakat Cina berikutan keputusan yang berlaku,” ujar Pua.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tajuk “Apa lagi Cina mahu?” pada muka depan Utusan Malaysia dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa “Cina tolak salam persahabatan orang Melayu” memburukkan lagi keadaan.
“Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita tidak boleh menerima serangan Utusan Malaysia ke atas CEO AirAsiaX, Azran Othman yang menuduh beliau ‘anti-Melayu’, ‘lupa asal usul’ semata-mata disebabkan kenyataan beliau; “Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan”.
“Kami berasa hairan dan terkejut bagaimana Utusan Malaysia tergamak mencerca mereka yang menentang perkauman,” katanya.
Keadaan bertambah ‘sakit’ apabila media kawalan UMNO dan blogger mereka menyeru untuk memboikot “perniagaan orang Cina”. Ini termasuk pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Apa yang lebih menyedihkan kata Pua adalah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang berkata kerajaan tidak menyokong tindakan itu tetapi menyifatkan mereka mempunyai hak untuk membuat seruan boikot itu memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang bebas.
“Kita tak boleh nafikan bahawa sesiapa pun mempunyai hak peribadi, memilih untuk menjadi rasis tetapi menjadi tugas kerajaan menegur dan bertindak terhadap seruan sebegitu kerana ianya memang tidak sihat untuk perpaduan negara.
“Justeru kami di dalam PR-DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran dan waras untuk bersatu menentang semua ajakan, hasutan dan tindak-tanduk yang menyemarakkan api perkauman kerana kami semua adalah rakyat Malaysia,” ujar Pua lagi.-Roketkini
Kenapa pemimpin Umno rasis tidak ditangkap?
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan kelmarin.
Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu dilihat sebagai zalim dan berat sebelah terhadap rakyat Malaysia yang bersuara menentang kebobrokan perjalanan pilihan raya di Malaysia.
"Mengapa tiada tindakan diambil kepada akhbar Utusan Malaysia yang jelas dan terang membangkitkan sentimen perkauman terhadap bangsa Cina serta pemimpin-pemimpin Umno yang memusuhi komuniti itu ekoran penolakan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional dalam PRU ke 13?
"Sebenarnya meniup api perkauman dalam komuniti berbilang bangsa di negara ini lebih berbahaya dari ucapan bersemangat Adam Adli. Malangnya PDRM hanya nampak kesalahan Adam Adli, sedangkan ucapan bersifat rasis yang boleh mengundang berbalahan kaum yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin negara mereka tidak nampak," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Riduan juga mahu Ketua Polis Negera yang baharu Tan Sri Khalid Abu Bakar memastikan polis bertindak profesional dalam menangani masalah keselamatan negara.
Katanya, Khalid perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dengan bertindak betul terhadap isu-isu politik negara dan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin politik sehingga melanggar etika serta integriti pasukan keselamatan negara.
"Jika PDRM merasakan itu suatu hasutan dan menjejaskan demokrasi berparlimen, ketahuilah ratusan ribu malah berjuta rakyat Malaysia juga menyatakan perkara yang sama.
"Menangkap seorang Adam Adli tidak akan menghentikan kemarahan rakyat terhadap ‘perlanggaran demokrasi’ oleh SPR. Tangkaplah Adam Adli hari ini, kerana esok akan bangkit ratusan ribu lagi Adam Adli," katanya.
Posted by Suhaimi at 8:53 AM 0 comments
Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak
Pemimpin Pakatan pernah menggesa supaya Menteri KDN dan KPN supaya utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"
Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.
Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.
Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.
Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.
Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.
Baca Seterusnya......Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah
GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.
Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.
“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini, bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.
“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.
“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.
Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.
Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.
“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.
Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.
Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.
Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.
Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.-TMI
Posted by Suhaimi at 8:50 AM 0 comments
Saturday, May 18, 2013
Kenapa Ahmad Maslan pilih perkataan ‘meliwat’?
Mungkin itulah yang ingin dicerminkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang bertajuk: “Jangan ‘meliwat’ fikiran rakyat”.
Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.
Sambil mengakui bahawa BN tewas undi popular di tangan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata sistem pilihanraya negara mementingkan jumlah kerusi yang dimenangi.
“Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat.
“Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih 47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika dijumlahkan hanya 49.9%),” kata beliau.
Namun bagaimana pengetahuan dan akal boleh ‘diliwat’ hanyalah Ahmad yang mengetahuinya.
Sebelum ini, Ahmad turut menimbulkan kontroversi apabila mengaku menonton video lucah yang diledakkan oleh Datuk T bersama isterinya.
“Apa yang telah disahkan oleh (Datuk Shazryl) Eskay adalah benar dan siapa yang melihat video itu mengaku ia adalah benar. Ya, saya tonton dengan isteri saya,” kata beliau.
Mengenai dakwat kekal yang tidak kekal, Ahmad berkata BN memberikan sokongan penuh kepada nasiat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.
“Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi,” kata beliau.
Namun begitu, Maslan tidak mengulas mengapa SPR sendiri memberi jaminan dakwat kekal akan tahan tujuh hari, terutamanya untuk para pengundi awal.
Dan lebih teruk lagi, mengapa alasan sedemikian tidak dimaklumkan kepada rakyat sebelum tarikh mengundi bagi pengundi awal dan hari mengundi?
Tepuk dada tanya iman sendiri. -harakahdaily
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:16 AM 0 comments
Hijrah: Keceluparan Zahid Hamidi Disanggah Prof Mohd Agus
“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.
Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.
“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.
Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.
“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.
Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.
“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.
“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.
Posted by Suhaimi at 11:13 AM 0 comments
Guna Wang Rakyat Untuk Iklankan Di Akhbar Ucapan "Tahniah" Kepada Menteri
Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.
Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.
Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.
“Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek,” kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.
“Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.”
SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.
Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai “pembaziran” wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.
“Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.
“Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.
Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.
Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12. -TMI
Posted by Suhaimi at 11:10 AM 0 comments
Friday, May 17, 2013
WOW!!! KABINET MALAYSIA PUNYAI MENTERI PALING RAMAI DI DUNIA
KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.
“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.
Berikut ialah pandangan beliau.
Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.
Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.
Posted by Suhaimi at 10:26 AM 0 comments
Pengerusi sekolah Kristian sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Najib Razak dah menyenaraikan senarai kabinetnya. Salah seorang ahli kabinet Najib adalah seorang Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching.
Malang kerana dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Dia juga merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar dapat disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mempersoalkan apakah agenda Najib Razak membawa masuk individu sebegini di dalam Kementerian Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat?
Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?
Adakah blogger-blogger UMno tak melenting dengan isu ini? Perkasa, Jati kenapa menyepi?
Posted by Suhaimi at 10:22 AM 0 comments
Thursday, May 16, 2013
Guan Eng Terus Malukan BN
Guan Eng Terus Malukan BN-
Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala Seramai 24
penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang
bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu
dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian
itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri
yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.“Kita
bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak
bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak
mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama
penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala.
Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah
kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka
tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju
untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana
mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.
“Setelah berunding,
seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan
namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat
janji kosong dan menipu,” katanya.
Sementara itu, seorang
penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama
dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua
tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama
ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas
rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian
ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan
kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan
keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno???
Posted by Suhaimi at 10:47 PM 0 comments
Saiful Bukhari bertemu jodoh personaliti TV3
Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.
Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah
bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.
"Mereka
berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka
berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan
Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.
Majlis pada 25 Mei itu juga direncanakan berlangsung di kampung Nik Suryani di Terengganu.
Nik Suryani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan walimatus urus itu tetapi enggan mengulasnya buat masa ini.
Posted by Suhaimi at 10:42 PM 0 comments
Wednesday, May 15, 2013
Lima senator dinamakan dalam kabinet Najib
Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.
Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P Waytha Moorthy dinamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Low, Ahmad Bashah, Loga Bala dan Waytha Moorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator esok manakala Abdul Wahid akan berbuat demikian pada 5 Jun.
Sementara itu, Senator Datuk Seri Idris kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.- Bernama Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:51 PM 0 comments
Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri "Kabinet Berimbang" DS Najib
Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.
Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)
Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan (Umno)
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)
Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)
Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman (Umno)
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)
Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)
Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri (Umno)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)
Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)
Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno) Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:32 PM 0 comments
PKR Dedah 24 Petugas SPR Di Kurung Untuk Pangkah Kertas Undi
PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.
“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya. ~keadilandaily
Posted by Suhaimi at 2:41 PM 0 comments
Tombak, aku janji kelainan istiadat MB S'gor
Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah Klang semalam menampilkan kelainan kerana ia disertai lafaz aku janji oleh pemegang jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sambil memegang tombak "Sang Buana" yang bersalut kain kuning, Abdul Khalid melafazkan 10 Aku janji di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada istiadat di Balai Rong Seri.
Aku janji itu antara lain menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara serta memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri.
Menteri Besar juga berjanji mematuhi kedaulatan Institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak selain berjanji untuk melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas, serta memelihara hak istimewa orang Melayu.
Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Selangor sebelum ini tidak disertakan lafaz aku janji dan keperluan memegang tombak.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani yang dihubungi berkata tombak yang dipegang oleh Abdul Khalid itu dipanggil "Sang Buana" dan ia merupakan lambang kuasa baginda Sultan.
"Abdul Khalid memegang tombak itu semasa lafaz Aku janji sebagai simbol menjunjung kuasa Tuanku.
"Aku janji itu dibuat (disediakan) oleh Tuanku sendiri bukannya oleh Kerajaan Negeri," kata Mohamad Munir.
Ini kali kedua Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Kali pertama pada 13 Mac 2008, empat hari selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
Beliau juga merupakan orang pertama dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Kesemua 13 Menteri Besar Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU13, PR, gabungan parti PAS, PKR dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi.- Bernama
Posted by Suhaimi at 2:39 PM 0 comments
TS Khalid Abu Bakar dilantik IGP
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang bersara selepas tamat kontrak Khamis ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama.
"Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya.
Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan.
Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum setahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 dilantik sebagai Ketua Polis Selangor.
Tiga tahun kemudian, pada 13 Okt 2010 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dan tidak sampai setahun, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor percubaan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.
Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.-Bernama
Posted by Suhaimi at 2:36 PM 0 comments
Fenomena Pekan: Ibu Segala Penipuan
Data peningkatan penduduk dan pengundi di Pekan sejak PRU 1999 di mana Najib hampir tumbang wajar dikaji selidik.
Beberapa tahun lepas akhbar Harakah pernah menyiarkan artikel tentang penempatan penduduk yang berasal dari Kemboja di Pekan. Tak silap penulis, mereka mendakwa dibawa dari Kedah untuk mengusahakan bidang pertanian di Parlimen Najib itu. Mungkin dalam arkib Harakah, artikel ini boleh dipaparkan semula. Suara Keadilan juga pernah memaparkan isu ini.
Dalam bahang panas bantahan penipuan PRU13 ini, penulis rasa amat wajar ‘fenomena Pekan’ ini diangkat sebagai sample paling hot untuk dilemparkan ke muka Najib dan SPR tentang permainan durjana penguasa dalam politik negara. Demi survival, dengan kuasa dan kerjasama agensi di bawah kerajaan, para pengkhianat sanggup melakukan sesuatu rancangan yang bercanggah dengan undang-undang.
Mereka membawa masuk pengundi import, memanipulasi undi pos dan harta benda kerajaan hasil pembayar cukai terutamanya RTM sebagai harta mak bapak mereka. Mereka apa peduli rakyat redha atau tidak redha. Mereka apa peduli dosa dan pahala dan segala yang ghaib-ghaib. Apakah kamus yang mereka guna untuk mentakrifkan yang mana dosa dan yang mana pahala.? Atau adakah dosa dan pahala sudah sirna dari akidah mereka?
Dan yang paling hina antara yang hina ialah pertambahan ketara pengundi Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri sendiri. Bilangan pengundi dan peratus peningkatannya mengatasi Kuantan, ibu negeri Pahang sendiri. CNN , BBC dan media antarabangsa tentu minat maklumat ini. Tapi takkan mereka nak mari cari korek. Kitalah sebagai rakyat bermaruah yang patut mengakademikkannya.
Takkan semuanya Rafizi kena buat kerja. Takkan hanya ada satu Rafizi di Malaysia. SAMM, SMM, Bersih dan siapa sahaja yang ada kemampuan sehebat Rafizi wajar mengangkat ‘fenomena Pekan’ ini sebagaimana Rafizi mengangkat kes NFC. Bagi rakyat Malaysia, ‘fenomena Pekan’ adalah ibu segala penipuan pilihanraya yang ada pada hari ini. Dokumentasikan fenomena ini untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. SPR minta bukti. Najib pun ada minta bukti. Pandir atau Luncai?"
Posted by Suhaimi at 2:31 PM 0 comments
Umcedel jangka persempadan semula sasar kawasan CIna
Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka akan dijalankan lewat tahun ini mungkin melibatkan sempadan baru untuk menghimpunkan pengundi Cina dalam kawasan berasingan, bagi mengurangkan kesan yang dinamakan “tsunami Cina”.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohd Redzuan Othman menjangkakan demikian berdasarkan kenyataan pemimpin BN ekoran kegagalan parti itu untuk meraih majoriti dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya 5 Mei.
“(Dalam persempadanan semula sebelum ini) mereka menyedari bahawa terdapat ramai orang Melayu yang menyokong pembangkang. Jadi apa yang mereka buat adalah (membentuk semula) sempadan untuk mengadakan lebih banyak kawasan campuran, dan ia berhasil untuk mereka.
"Oleh yang demikian, mereka mungkin membentuk semula sempadan untuk menarik pengundi Cina ke satu kawasan supaya mereka boleh menumpukan kerusi dan kawasan lain,” katanya dalam satu forum untuk membincangkan keputusan pilihan raya umum ke-13 itu.
Redzuan juga berkata kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat di Selangor seharusnya dikaitkan dengan mutu perkhidmatan dan populariti menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tambahnya, kajian Umcedel pada 2012 menunjukkan Khalid amat popular di kalangan warga Selangor.
“Dari segi negeri Pakatan, persepsi dan prestasi MB sangat penting,” katanya.
Tambahnya, populariti menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kalangan warga Kelantan juga tinggi – sehingga 70 peratus – sebelum pilihan raya dijalankan.
Redzuan dan Umcedel sebelum ini menerima kritikan dari ahli akademik ekoran keputusan kajian yang menyebut populariti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi populariti pengerusi BN Datuk Najib Razak.
Redzuan bagaimanapun menjelaskan, keputusan pilihan raya 5 Mei menunjukkan bahawa kajian yang dijalankan pasukannya itu hampir tepat.
“Anda boleh lihat hampir 5 peratus perbezaan dari segi undi popular, yang bermakna (kajian) kami hampir tepat,” katanya.
Posted by Suhaimi at 2:29 PM 0 comments
Tuesday, May 14, 2013
5 Anak Genius Islam yang mengemparkan Dunia
Allah memang mahakuasa atas segalanya. Terbukti lima kanak-kanak ajaib ini berjaya menggemparkan dunia. Siapa saja mereka? Akrit Jaswal, usia 7 tahun, melakukan pembedahan secara otodidak.Abdurrahman Farih,usia 8 tahun hafal ayat-ayat Al-Quran.Sayyid Muhammad Husein Tabataba'i, usia 7 tahun, hafal ayat-ayat Al-Quran dan mendapat gelar Doktor dari Universiti di Inggris.Ali Yakubov,usia 9 bulan, muncul ayat Al-Quran di seluruh tubuh, 2000 orang mendatanginya. Serta Syarifuddin Khalifah, usia 1.5, mengislamkan ribuan orang. berikut 5 Anak Genius Islam yang mengemparkan Dunia:
1. Akrit Jaswal
(India) sejak berusia 7 tahun ia sudah boleh melakukan operasi pembedahan secara otodidak
2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba'i
Sudah hafal surat-surat dalam Al-Qur'an dan sudah boleh menafsirkannya dan sudah mendapat gelar Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di Inggeris
3. Abdurrahman Farih
Abdurrahman Farih boleh menghafal Al Quran melalui pendengaran terhadap tilawah Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya
4. ali Yakubov
tubuh bayi berusia sembilan bulan, bayi itu bernama Ali Yakubov,
mampu membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya
5. syarifuddin Khalifah
bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) di usia satu setengah tahun sudah hafal Al-Quran dan boleh solat lima waktu. Lebih menghairankannya lagi ia terlahir bukan dari orang tua yang menganut agama Islam. Ia telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
Posted by Suhaimi at 5:53 PM 0 comments
Darah Belangkas Berharga RM 17,500 Seliter
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988. Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas.
Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai mabuk. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
Posted by Suhaimi at 5:29 PM 1 comments
Sunday, May 12, 2013
YB Azmin Ali Sokong Tan Sri Khalid Sebagai MB Selangor
Sebelum itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin cuba nak provok Azmin, tapi dengan slamber batu Azmin membalas.. WE MUST SUPPORT KHALID TO CONTINUE.
Apabila para blogger UMNO dapat tahu.. apa lagi beb!!!.. naik sawanlah mereka...
Tuduh Azmin sebagai kaki flip flop.. buat U turn.. tidak berprinsip... tiada keberanian.. tidak tegas dalam perjuangan dll.
Belum kering air liur Azmin membuat sidang media semalam hari ini habis semua macai-macai UMNO kena play.
Sebab itu jangan cepat teruja dan melatah.. Kan dah kena.-Omak Kau
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:52 AM 0 comments
Pengundi Mengaku Boleh UNDI 2 Kali Dan Buat Laporan Polis SPR Tak Telus.
"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,
seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."
Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.
Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.
Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.
Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.
Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"
Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.
Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.
Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.
Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.
Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.
Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.
Tamat.
Penjelasan;
"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.
Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.
Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?
Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.
Anda pula bagaimana?
Yang Benar,
MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:38 AM 0 comments