Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, May 11, 2013

Pengerusi SPR jadi jurucakap UMNO


Pengerusi  SPR seperti biasa menjadi jurucakap UMNO dalam menjelaskan atau menafikan sebarang dakwaan penyelewengan pilihanraya di negara kita.Kali ini pengerusi UMNO cuba memperbodohkan rakyat apabila menegaskan penambahbaikan daftar pemilih dan daftar yang digunakan adalah bersih dan sah menurut undang undang.Katanya penggunaan 12 digit nombor IC tidak mungkin membolehkan warga asing didaftarkan.Pengerusi SPR nak jadikan rakyat Malaysia bodoh dengan kenyataan seperti itu.

Memanglah warga asing yang memilik IC negara mereka tidak akan dapat didaftarkan.Semua orang tahu pasal itu.Tetapi isu yang dipertikaikan ialah warga asing yang di antara mereka masuk secara haram diberi IC tanpa mengikuti undang undang yang sah.Jadi kalau warga Bangla umpamanya yang sudah diberi IC oleh JPN tidak akan bermasalah untuk didaftarkan sebagai pemilih, itu isunya yang tidak langsung disentuh oelh SPR.Pengerusi SPR sebelum ini berkata mereka tidak mempunyai kuasa menghalang pendaftaran sesiapa yang memilik IC tanpa mengira IC tersebut dikeluarkan kepada warga negara yang ada surat beranak atau kepada pendatang haram yang masuk tanpa dokumen yang sah atau masuk dengan permit kerja yang sah atau yang dibawa masuk oleh UMNO.Tetapi SPR mempunyai kuasa penuh untuk mengubah peraturan pilihanraya mengikut sesuka hati mereka.Ini yang dipertikaikan.

Satu hal lagi yang tidak diberitahu ialah pendaftaran dibuat oleh ejen UMNO secara tidak dikawal langsung, ada pendaftaran express yang membolehkan warga asing yang tidak layak diberi kewarganegaraan mengundi secara express.Bayangkan ada warga negara didakwa kerana memecahkan cermin Bas yang membawa warga asing ke pusat pengundian sedangkan warga asing tersebut terlepas.Undang undang apa ni?

Inilah yang tidak diperkatakan oleh pengerusi SPR dan perkara inilah yang memalukan bagi SPR kerana SPR sebagai badan bebas seharusnya boleh menyoal sebarang individu yang memiliki IC yang meragukan sekalipun IC tersebut dikeluarkan oleh JPN.

Satu hal lagi yang memalukan kita semua ialah apabila pengerusi SPR cuba mengajar rakyat tentang sistem pilihanraya negara dengan berkata kerajaan dibentuk oleh majoriti mudah berdasarkan bilangan kerusi jadi undi popular tidak boleh diambil kira, tanpa menyatakan kemungkinan undi popular dan bilangan kerusi yang tidak konsistan kerana adanya manupulasi undi di kawasan kawasan tertentu.Untuk itu sepatutnya penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan perbezaan ini adalah tulin.Itu yang disembunyikan oleh pengerusi SPR yang boleh menyebabkan kekacauan dalam negara kerana hakikatnya sokongan kerajaan secara keseluruhannya sudah kurang dari separuh jumlah pengundi.

Pengerusi SPR tidak kisah mengenai risiko kekacauan kerana dia ditugaskan untuk menjadi jurucakap UMNO di mana tugasnya ialah untuk memberi sebab kepada semua kejadian penipuan semasa mengundi.Untuk rekod, rakyat Malaysia terdiri dari warga negara yang baik, kalau berlaku di negara lain, sudah tentu ada yang mati demi demokrasi yang diperjuangkan! -Tranungkite

0 comments: