Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, May 7, 2013

DAP sokong Anwar kekal sebagai ketua pembangkang

Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

KUALA LUMPUR, 6 Mei — DAP mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan raya ke-13 semalam yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika menang pilihan raya.

“Sebelum ini, Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk melantik beliau sebagai perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum.

“Tapi perkara tersebut tidak berlaku, oleh sedemikian keputusan mencadangkan Anwar sebagai ketua pembangkang adalah sama seperti komitmen yang lalu,” kata Lim.

Namun, Anwar sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas pilihan raya kali ini tetapi Lim menegaskan ia bukan satu masalah selagi ketua umum PKR tersebut masih belum membuat keputusan rasmi.

“Mengenai Anwar akan bersara itu, kami akan bincangkan.

“Mungkin anda perlu tanya sendiri kepada Anwar,” tambah Lim lagi.

Lim juga berkata, keputusan dalam beberapa pilihan raya boleh dicabar dan mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya yang diadakan semalam.

“Pakatan Rakyat akan tumpukan di kawasan ini di mana penipuan berlaku dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menegakkan ketelusan proses pilihan raya,” kata Lim yang baru memenangi kerusi parlimen Gelang Patah.

Sementara itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke menyatakan kerusi parti tersebut yang gagal dipertahankan seperti Bentong, Cameron Highlands dan Labis hanya dibezakan kurang daripada 400 majoriti undi.

“Banyak kerusi ini tidak menyediakan ‘Borang 14,” kata Loke semasa sidang media sama, merujuk kepada borang yang perlu disediakan di setiap saluran mengundi kepada agen-agen pengiraan untuk merekodkan jumlah pengundi.

Awal hari ini, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta menambah pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.

Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.

BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.

Lim juga berkata hari ini PR berjaya memenangi undi popular.

“Ia adalah ‘tsunami rakyat Malaysia’ dan bukan ‘tsunami kaum Cina,” kata Lim, menolak kenyataan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan pilihan raya kali ini dengan perpindahan undi masyarakat Cina kepada BN.

“Di kebanyakkan bahagian dalam negara, Pakatan memenangi kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat BN dan menurunkan banyak calon gergasi BN di kawasan majoriti Melayu,” katanya dengan merujuk kepada kerusi-kerusi seperti di Parlimen Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut dan Sepang.

BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.

Ketua publisiti DAP, Tony Pua yang turut hadir pada sidang media sama menegaskan pencapaian PR di Selangor khususnya kawasan separuh bandar telah dimenangi hasil “peningkatan yang kuat dikalangan masyarakat Melayu”.

0 comments: