Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, May 11, 2013

Aduan kepada SPR, dakwaan beli undi di Bayan Baru


Gambar sekadar hiasan.
Dua pemimpin PKR negeri telah membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pulau Pinang semalam berhubung dakwaan "pembelian undi" dan mendakwa mereka menyaksikan aktiviti yang mencurigakan itu di kawasan Bayan Baru.

NONENaib Pengerusi PKR negeri, Datuk Abdul Halim Hussein (kanan) berkata, beliau dimaklumkan mengenai laporan bahawa orang ramai berkumpul di sebuah rumah kedai di Sungai Dua untuk mengambil "hadiah cabutan bertuah" mereka.

Beliau berkata antara RM120 hingga RM200 - telah diserahkan kepada individu-individu apabila mereka menunjukkan kad pengenalan dan tiket cabutan bertuah.

"Jumlah wang bergantung kepada kawasan pilihan raya, sebagai contoh, mereka dari Bayan Lepas hanya mendapatkan kira-kira RM120," katanya ketika ditemui di pejabat SPR pada kira-kira 4 petang semalam. Beliau ditemani Ahli Parlimen PKR bagi Bayan Baru, Sim Tze Tzin (bawah).

NONEAbdul Halim sebelum ini telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong  berhubung perkara itu pada jam 3 petang.

Malah, katanya, beliau telah bercakap dengan seorang pemimpin wanita Umno cawangan yang ditemuinya ketika ke rumah kedai tersebut yang kelihatan "sangat teruja untuk mendapatkan RM160 itu".

"Kita tidak mahu membuat sebarang kesimpulan tetapi kita mahu pihak berkuasa seperti polis, SPR dan kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Abdul Halim yang juga speaker DUN Pulau Pinang.

"Kami telah membuat laporan kerana kami telah menerima aduan mengenai isu ini," kata ADUN PKT kerusi Teluk Bahang itu sambil menambah pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.-Mkini

0 comments: