Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, May 10, 2013

TAN SRI KHALID IBRAHIM MENTERI BESAR SELANGOR

 
Tan Sri Khalid Ibrahim dijangkakan akan dilantik menjadi menteri besar Selangor. Ini kerana kejayaannya menerajui Selangor sehingga PR menang besar. Bermakna cara pentadbiranya telah diterima oleh rakyat Selangor.

PAS dan DAP walaupun menang melebihi PKR tentunya akan memberi peluang sekali lagi kepada Tan Sri Khalid untuk menerajui Selangor. Pemimpin PAS Selangor seharusnya menerima hakikat walaupun ianya menang melebihi kerusi PKR tapi tanpa sokongan DAP dan PKR mereka juga tidak boleh menjadi Menteri Besar.

Dalam stuasi ini pemimpin PAS perlunya ada tolak ansur dan berfikiran lebih terbuka dan matang. Mereka yang berada di luar politik PAS dan PR nak bercakap biarkan. Jangan termakan acum dan hasutan mereka. Memang tugas mereka nak mengapi-api dan melaga-lagakan. Mereka ini semua muka-muka yang gelojoh dalam politik, nampak sahaja harta perang terus nak berebut. Pemimpin PAS jangan bersikap seperti mereka.

Harus diingat kejayaan dan kemenangan besar PAS,DAP dan PKR di Selangor adalah kerana mufakat bersama dalam PR. Semua parti yang menang mendapat sokongan dari penyokong parti yang berada dalam PR. Jadi mengapa mufakat ini harus dirosakan kerana sebab jawatan. Pakat baik-baik dan elok-elok.

Tunjukkan kepada rakyat dan BN, mufakat PR lebih baik dari BN. Bagi PAS harus ambil iktibar apa yang berlaku di Kedah bila sesama pemimpin bertelagah akhirnya PAS di tolak rakyat.

Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuktikan kecemerlangan dan tataurus yang baik. Jadi mengapa kita perlu mencari orang lain untuk menggantikanya.

0 comments: