Data peningkatan penduduk dan pengundi di Pekan sejak PRU 1999 di mana Najib hampir tumbang wajar dikaji selidik.
Beberapa tahun lepas akhbar Harakah pernah menyiarkan artikel tentang penempatan penduduk yang berasal dari Kemboja di Pekan. Tak silap penulis, mereka mendakwa dibawa dari Kedah untuk mengusahakan bidang pertanian di Parlimen Najib itu. Mungkin dalam arkib Harakah, artikel ini boleh dipaparkan semula. Suara Keadilan juga pernah memaparkan isu ini.
Dalam bahang panas bantahan penipuan PRU13 ini, penulis rasa amat wajar ‘fenomena Pekan’ ini diangkat sebagai sample paling hot untuk dilemparkan ke muka Najib dan SPR tentang permainan durjana penguasa dalam politik negara. Demi survival, dengan kuasa dan kerjasama agensi di bawah kerajaan, para pengkhianat sanggup melakukan sesuatu rancangan yang bercanggah dengan undang-undang.
Mereka membawa masuk pengundi import, memanipulasi undi pos dan harta benda kerajaan hasil pembayar cukai terutamanya RTM sebagai harta mak bapak mereka. Mereka apa peduli rakyat redha atau tidak redha. Mereka apa peduli dosa dan pahala dan segala yang ghaib-ghaib. Apakah kamus yang mereka guna untuk mentakrifkan yang mana dosa dan yang mana pahala.? Atau adakah dosa dan pahala sudah sirna dari akidah mereka?
Dan yang paling hina antara yang hina ialah pertambahan ketara pengundi Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri sendiri. Bilangan pengundi dan peratus peningkatannya mengatasi Kuantan, ibu negeri Pahang sendiri. CNN , BBC dan media antarabangsa tentu minat maklumat ini. Tapi takkan mereka nak mari cari korek. Kitalah sebagai rakyat bermaruah yang patut mengakademikkannya.
Takkan semuanya Rafizi kena buat kerja. Takkan hanya ada satu Rafizi di Malaysia. SAMM, SMM, Bersih dan siapa sahaja yang ada kemampuan sehebat Rafizi wajar mengangkat ‘fenomena Pekan’ ini sebagaimana Rafizi mengangkat kes NFC. Bagi rakyat Malaysia, ‘fenomena Pekan’ adalah ibu segala penipuan pilihanraya yang ada pada hari ini. Dokumentasikan fenomena ini untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. SPR minta bukti. Najib pun ada minta bukti. Pandir atau Luncai?"
Wednesday, May 15, 2013
Fenomena Pekan: Ibu Segala Penipuan
Posted by Suhaimi at 2:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment