Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 2, 2013

BERSIH desak SPR adakan demo cara guna dakwat kekal


Kemelut dakwat kekal yang dilaporkan secara meluas oleh media dan di Internet hari ini, menguatkan lagi desakan BERSIH kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan segera demonstrasi awam mengenai cara penggunaannya.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata alasan yang diberikan oleh SPR berhubung dakwaan beberapa pengundi awal semalam bahawa dakwat kekal itu boleh ditanggalkan, tidak boleh diterima.

"Bagaimana ia boleh diterima apabila matlamat utama penggunaan dakwat kekal adalah ia tidak boleh dibuang? Ini benar-benar tidak boleh diterima," kata Ambiga dalam SMS kepada Malaysiakini.

Oleh itu, tegasnya, demonstrasi awam mengenai dakwat kekal itu perlu diadakan segera untuk meredakan kebimbangan berhubung penggunaannya pada hari mengundi Ahad ini.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata kejadian yang dilaporkan mengenainya boleh menjejaskan proses pilihan raya dan demokrasi.

Maria berkata, SPR perlu bertanggungjawab jika terdapat undi berganda kerana mereka yang mengundi di bawah proses pengundian awal semalam, boleh mengundi sekali lagi Ahad ini.-Mkini

0 comments: