Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 2, 2013

PAS azam tamatkan 'penderaan' guru melalui PBS


Pakatan Rakyat akan menilai semula Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didakwa membebankan warga pendidik sekiranya diberi peluang memerintah Putrajaya, kata presiden PAS.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan sistem itu sekarang ini tidak menepati konsep dan aplikasi sebenarnya dan memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara.

NONE"Kelemahan-kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibu bapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.

Pengamalan sekarang, menurutnya, menyebabkan tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran dan perlanjutan waktu bertugas guru ke hujung minggu sehingga hilang fokus kepada keluarga.

Dalam kenyataannya semalam, Hadi juga berkata, walaupun PBS ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru yang terlibat.-Mkini

0 comments: