Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 6, 2013

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA MENYAYANGI SELANGOR


Tahniah kepada rakyat Selangor yang bijak. Walaupun diasak tidak berhenti-henti oleh BN, tetapi Pakatan Rakyat terus berani maju ke hadapan.

Tahniah kepada PAS Selangor. Pemergian Hassan Ali dan roadshow fitnahnya gagal menggugat PAS. Malahan prestasi PAS telah meningkat.

Tahniah PKR. Walaupun parti ini ada pengkhianat yang melompat, ternyata rakyat tidak reda dan terus istiqomah bersama Pakatan Rakyat.

Tahniah DAP kerana terus menambah kerusi yang ada dan menafikan harapan MCA untuk membuat kejutan!

Kempen "Sayangi Selangor Yakini BN" yang saban waktu ditayangkan di media TV milik ternyata tidak memberi kesan kepada rakyat Selangor. Ini kerana rakyat Selangor benar-benar menyayangi Selangor mengikut acuan sendiri, bukan acuan BN.

Sumber di selangorku.com menyebut:

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Tambahan kerusi yang dimenangi dengan kekalahan BN yang semakin teruk menunjukkan calon kejutan Najib gagal membuat transformasi!

Kekalahan Kota Damansara dan Bukit Malawati pula telah diduga.

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA TIDAK TAKUT DENGAN HUDUD.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA MENOLAK POLITIK PERKAUMAN.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA ENGGAN TERUS DITIPU.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA SAYANG SELANGOR.

0 comments: